Monday 19 July 2010

Produk Tasly

0 comments
Kapsul Wild Ginseng

Ramuan Utama
Ekstrak ginseng merah (Ginsenosida RH-2)

Ciri-ciri produk
1. Ginseng yang digunakan adalah berusia 6 tahun serta berkualiti tinggi yang diambil daripada kawasan terpilih dan kualiti produk juga terjamin.
2. Menggunakan teknologi pengestrakan enzim tercanggih dan memastikan kepekatan bahan aktif ginsenosida yang tinggi digunakan.

Aplikasi yang bersesuaian
1. Untuk perawatan tumor dan kanser.
2. Untuk penggunaan dalam jangka pemulihan selepas sebarang penyakit serius
3. Untuk merawat kekurangan pada paru-paru, limpa, jantung dan
    ginjal.
4. Untuk memperbaiki kesukaran bernafas yang berpunca daripada peredaran
    renal yang tidak normal, mati pucuk, pengeluaran mani nokturnal dan gejala
    kelemahan peredaran renal yang lain.
5. Untuk merawat dan memperbaiki kelemahan imuniti dan kepada mereka
    yang mudah menghidap selsema.
6. Untuk meningkatkan kebolehan mental dan pengingatan.
7. Bagi tujuan kecantikan dan anti penuaan.
8. Kepada golongan usia pertengahan dan warga tua dengan badan yang lemah
9. Kepada wanita yang lemah bersalin.

Saturday 17 July 2010

hello..

0 comments
welcome

Friday 16 July 2010

Fesyen

0 comments
lelaki selalu tersilap
  1. Terlalu banyak warna. Lelaki paling gemar lakukannya. Adakalanya anda boleh melihat lelaki dengan jeans biru, t-shirt merah, jaket hitam dan kasut putih. Berapa banyak lagi warna yang ingin mereka tonjolkan?.
  2. Tidak sesuai. Mengenakan jeans dengan kemeja berlengan panjang yang nampak formal sebenarnya kurang sesuai melainkan coraknya sedikit santai. Plihlah yang bersesuaian dengan anda.
  3. Topi. Ramai lelaki gemarkan topi tetapi sesuaikah dengan anda? Teliti gaya anda terlebih dahulu. Elakkan topi yang sarat apabila padananya kemeja atau t-shirt yang sarat juga. Anda akan tampil serabut sekali.

Thursday 15 July 2010

kurangkan lalat guna bunga cengkih

0 comments
Lalat memang sering mendatangkan masalah. Hindari lalat dengan meletakkan beberapa bekas kecil bunga cengkih di meja makan anda dan juga di dapur rumah anda. Selain berbau wangi, anda juga mampu menghalau lalat secara semulajadi.

Tuesday 13 July 2010

PS3 @ XBOX...?

0 comments
       Dah lama rasanya aku tak update blog aku nih... takpe sekarang takde member yang sudi Ad aku, sedihnye huhuhuhuu........ Ok, hari ni aku masih pening nak wat keputusan untuk beli game yang terbaik dan bagus ni. Dalam fikiran aku ada 2 pilihan samaada nak ambik PS3 atau XBOX, yang mana satu yang bagus ek, kejap pilih PS3 kejap lagi pilih XBOX lak.

        Sebenarnya kedua-dua game ni ada persamaannya tapi ada yang aku tak suka tentang rekabentuk dan harganya. Ok, kalau aku pilih PS3 aku kena berdepan harga CDnya pulak, maklum la cd PS ni menggunakan teknologi Blueray itu sebab la harganya mahal, sekeping cd harganya mencecah RM200, itu paling mahal dan yang paling murah dalam lingkungan RM100 ke atas, huh.... mahal. Itu yang aku fikirkan dari dulu.

        Satu lagi kelebihan PS3 ni ialah, dia ada support WI-FI internet. Kelebihan inilah adalah satu favourite aku, tapi bila difikirkan balik, kawan-kawan aku bukan ada PS3. Jadi internet tu wat hiasan je la hehehehe.... Selain tu banyak lagi function dia yang aku minat. Jadi tak hairan la aku ni memang minat PS berbanding XBOX. Disebabkan cdnya la aku terpaksa buat pilihan yang terbaik.

         Ok, bab XBOX pula bagi aku takde masalah dari segi harga dan rekabentuknya, tapi yang tak bestnye joysticknya yang tak best. Besar, pastu lain dari yang lain, susah nak tekan kat bahagian arrow. Harganya memang berpatutan bagi kedua-dua konsol nih.

         Dari segi gambar visual lak, mmmm... Ok la bagi aku, tak taw la bagi korang camne, tapi cantik lagi PS3 dari XBOX gambar 3D PS lagi jelas. Aku survey kat member-member aku pun dia orang cakap PS lagi best. Senang2 aku beli kedua-duanya sekali hehehe.... Rasanya aku ingat lebih baik ambil XBOX je la kan, bukan pe aku beli game ni hanya untuk melepaskan tension dan bosan duk rumah. Sape yang ada kedua2 konsol ni tolong la bagi cadangan yang terbaik untuk pilihan kedua-dua nih k.

         

Sunday 11 July 2010

cara edit header

0 comments
Salam sejahtera semua, hari nie saya nak bagi sedikit tutorial kepada para blogger yang baru menceburi dalam dunia blog. Terdapat banyak cara-cara mudah untuk buat header yang lebih kreatif mengikut citarasa anda. Sebelum anda ingin ubah/edit Header anda supaya nampak lagi menarik dan kreatif, anda terlebih dahulu kenalah download sofware di internet. Cara yang paling mudah ialah menggunakan sofware AleoFlash. Sekarang Download Sofware tersebut di sini:

        http://www.aleosoft.com

kemudian download 'Aleo Flash Intro Banner Maker'. Download Trial.

Lepas dah selesai download, anda klik kat 'Continue Evaluation'
kemudian edit la mengikut citarasa anda. Insyaallah aku akan bagi info lagi tentang header dan blog. Maaf la wat masa ni aku pun tengah belajar nak wat ni hehehe...

Thursday 8 July 2010

I Love to Touch My LG cookie

0 comments

kaspersky mobile security (anti virus)

0 comments
Membunuh virus handphone dengan kaspersky mobile security

Ok lah kali ini saya ingin kongsikan serba sedikit bagaimana cara menghalang dan membunuh virus dari handphone kamu. Virus biasanya akan menyerang telefon yang berplatform Symbian dan windows mobile. Biasanya virus akan menyamar dalam bentuk yang menarik seperti permainan atau gambar. Sebagai langkah menghalang virus, kamu perlu install salah satunya Kaspersky Mobile Security. Kaspersky merupakan syarikat anti virus dari Rusia. Dalam menangani virus, Kaspersky akan scan kesemua file di dalam handphone. Jika ada virus, handphone akan berbunyi. Kamu boleh update antivirus ini melalui GPRS. Ia boleh scan secara automatik dan secara manual. Untuk install anti virus ini, kamu boleh dapat dari website iaitu: http://www.kaspersky.com/productupdates?chapter=207716169. Setelah itu pilih jenis sistem operasi dan bahasa yang kamu install kemudian salin file tersebut ke dalam memori phone.

Anti virus yang lain ialah F-Secure. http://www.mobile.f-secure.com/.

Kenali virus handphone (virus handphone)

0 comments
Baiklah, semalam saya dah tuliskan info tentang virus handphone kan, hari ni saya nak bagi sedikit info tentang virus dan cara menyerangnya.

Losco A Virus
Virus ini biasanya bercabang dan menyerang file berbasis *.SIS atau Symbian ketika pengguna melakukan install. Virus ini juga dapat menyerang aplikasi yang terinstall pada hp tersebut sehingga aplikasi tidak dapat digunakan lagi. Selain itu, virus ini juga dapat menganggu sistem atau data pada smartphone tersebut. Ciri-ciri lain dari virus tersebut adalah pengguna tidak dapat membuka atau menjalankan menu atau aplikasi lain yang diinstall pada hp tersebut.

Cabir
Adalah virus hp yang tersebar melalui MMS dan Bluetooth. Cabir sebenarnya tidak membahayakan hp secara langsung, namun yang harus berhati-hati adalah virus ini akan selalu cuba mengesan peranti lain untuk menggandakan dirinya dan menyebar melalui bluetooth. Hebatnya lagi, ia juga mampu menurunkan ketahanan kapasiti bateri sehingga tanpa disedari bateri akan cepat habis.

Doomed
Virus ini tidak akan mengaktifkan beberapa aplikasi dan membuatkan hp melakukan restart sendiri. Namun kadang kala  virus ini juga membuat hp yang memiliki Bluetooth melakukan restart secara automatik tanpa pengesahan ketika berdekatan.

Symbos/Commwarrior.C.
Cara kerja virus ini hampir sama dengan pendahulunya kerana merupakan variasi dari commwarrior.c, serta fontal, A Trojan.

Commwarrior.D
Pada dasarnya variasi malware ini merupakan evolusi dari virus commwarrior.B. Cara kerja virus ini hanya mengirim MMS dengan sendiri serta mengirim MMS menggunakan bahasa Sepanyol.

Malware
Atau dikenali dengan Worm, biasanya menyerang melalui sambungan transfer data iaitu bluetooth. Ketika melakukan transfer data melalui bluetooth, virus ini terus dapat menggandakan diri sehingga data yang tersimpan pada hp tersebut akan Corrupted atau tak dapat digunakan lagi. Jenis virus ini semakin banyak variasi atau evolusinya. menyerang sebuah hp.

CommWarrior
Adalah virus kedua dengan kaedah penyebaran seperti Cabir, melalui bluetooth. Tetapi ia mampu menghapus semua data, mengurang kredit anda dengan cara mengirim SMS atau MMS dengan sendirinya tanpa pengesahan dari pengguna. Kadang kala virus ini juga mampu mengubah paparan logo operator dengan gambar Comm Warrior sekaligus memberi kesan ke seluruh aplikasi atau data pada hp dengan perlahan-lahan.

Skulls.CB-Mabtal.A
Merupakan virus lama serta variasi terbaru dari virus Skull. Virus ini boleh saja secara tidak sengaja diinstall oleh pengguna. Apabila terinstall Skulls akan mengubah semua Icon yang ada pada hp Symbian dengan gambar tengkorak dan dua tulang bersilang. Selain itu semua fungsi hp seperti buku telefon, SMS dan media Player akan mati dan tidak dapat digunakan meskipun kita cuba masuk pada menu tersebut.

Symbian-Skudoo.C/Skudoo.D
Virus ini merupakan hasil variasi dari trojan, Doomboot serta Commwarrior.B. Cara kerja virus ini hampir sama dengan variasi tersebut iaitu membuat sistem hp menjadi tidak stabil.

BlankFont.A
Merupakan sebuah file*sis yang corrupted namun tetap dapat diinstall pada sebuah hp berasaskan Symbian. File ini merupakan sebuah aplikasi Syimbian, namun aplikasi ini telah dimasuki virus yang merupakan variasi dari Trojan. Virus ini memberi kesan pada hp dengan menampilkan Icon atau Font tanpa bentuk atau blank. Virus ini terus memaksa sistem hp untuk melakukan restart terus menerus.

Symbian-Skudoo.E.F.
Virus ini juga merupakan variasi dari Doomboot, Blankfont Varian E dan Commwarrior.B. Cara kerja virus ini hanya dapat mengacau data pada sistem di hp Symbian.

Trojan
Khabar terakhir pada tahun 2007 virus ini masih sanggup menyerang sistem sebuah hp dan Pocket PC. Virus ini biasanya membuat sistem hp menjadi tidak stabil sehingga hp kadang2 sering Hang Freeze atau melakukan Reboot tanpa sebab.

Phone Book Stealer
Jenis virus ini sangat menarik, ia mampu mengambil data pada phonebook untuk dicopy lalu paste di file txt untuk dikirimkan melalui Bluetooth tanpa pengesahan dari penggunanya. Sejauh ini virus symbian pertama yang dapat mencuri data ditemui memberi kesan ke beberapa hp Symbian melalui sebuah aplikasi PbExplorer.sis.

CardTrap
Cara menyebar hampir sama dengan Skulls. CardTrap mampu mengganti aplikasi hp , contohnya saja mengganti data buku telefon dengan salinan Corrupted. Namun virus ini tidak bertahan lama jika pengguna melakukan Reboot hp yang dikhuatirkan, virus ini akan meninggalkan installer bagi Skulls, Commwarrior dan Cabir dalam peranti yang terkena virus. Ketika kad memori terhubung dengan komputer, maka ia akan memberi kesan ke komputer tersebut sehingga tidak dapat ditutup kemungkinan membuat kad memori menjadi pembawa virus tersebut.

Wednesday 7 July 2010

VIRUS Handphone

0 comments
Korang mesti pening kepala bila Hp terkena virus kan, hari ni aku nak bagi info tentang virus dan bagaimana cara pencegahannya. Virus handphone ni banyak jenisnya, kalau nak diikutkan, lebih kurang sama dengan komputer kita. Virus ni menyerang melalui Hp yang berplatform seperti Symbian S60 (nokia). Pelbagai jenis virus boleh menyebabkan handphone mengalami masalah antaranya aplikasi tidak boleh buka, tidak boleh loading atau loading lembab, mengirim fail sendiri melalui bluetooth, handphone restart sendiri, bateri cepat habis dan pelbagai cara atau bentuk dia menyerang. Biasanya virus ni kita boleh membuangnya sendiri bagi sesiapa yang pakar tentang hp.

DEFINISI VIRUS
Virus adalah program khusus dibuat untuk hal-hal merugikan. Virus ini pada awalnya hanya ditemui dalam komputer. Namun kerana perkembangan zaman, virus pun boleh menyerang handphone anda. Virus komputer tidak terlalu bahaya, jika menempel dalam komputer. Namun virus komputer itu lebih berbahaya, jika menempel ke dalam handphone. Ini kerana ia berbeza mesin; kerana komputer adalah mesin yang kuat dan canggih. Sedangkan virus handphone dengan mesin canggih namun tidak akan bertahan lama. Maka kita harus waspada terhadap gangguan virus tersebut.

KEMAMPUAN VIRUS
1. Kemampuan memanipulasi
    Virus handphone boleh membuatkan kita bingung kerana ia datang dari file yang
    kita kenali, misalnya ia menyamar sebagai fail data tetapi sebenarnya ia merupakan
    aplikasi virus yang aktif dalam melakukan penyebaran.

2. Kemampuan berkembang biak
Virus handphone ini juga boleh disebar ke mana-mana dari handphone ketika aktif. Ia boleh menyerang Memory Flash(kad memori) dan memori RAM. Jika virus menyerang Memori RAM pengaruhnya akan melambatkan loading handphone dan bukan hanya itu, ia juga boleh melambatkan jaringan akses kesayangan kita iaitu ketika menjelajahi internet melalui GPRS. Jika virus menyerang Memory Flash, itulah yang lebih berbahaya kerana file data boleh disembunyikan atau malah secara drastik ia menghapus file tersebut.

3. Kemampuan merosak file
   Virus handphone ternyata juga boleh membuat file kesayangan menjadi tidak berdaya. Segala file
   data tidak boleh dibaca oleh aplikasi seperti MP3, RealPlayer dan lain-lain.

4. Kemampuan merosak sistem
    Virus Handphone ini boleh merosak sistem yang terdapat dalam handphone. Bukan hanya file data tetapi
    programnya sekali.

CIRI HANDPHONE BERVIRUS

  • Bluetooth hp aktif secara automatik tanpa diminta atau tanpa pengetahuan pengguna, handphone itu mengirimkan file bervirus  ke peranti lain di sekelilingnya apabila ia mengesan ada aplikasi bluetooth yang aktif.

  • Kiriman MMS berterusan ke semua kontak yang tersimpan dalam hp. Ia akan mengirimkan MMS secara berterusan, jika anda tidak sedar kredit hp anda akan habis dan jika anda menggunakan postpaid sudah pasti bil bulanan melambung.

  • Handphone Nokia yang bersistem Symbian, apabila butang menu ditekan daftar aplikasi muncul, Jika ada aplikasi bernama Cabir, Caribe dan lain-lain aktif ini menandakan handphone anda diserang virus.

  • Muncul nama virus pada skrin handphone, ini bermakna sebahagian virus hp sudah makin berkembang.

Tuesday 6 July 2010

Cara mengukur tekanan darah sendiri

0 comments
  • Rehat sekurang-kurangnya 5 minit sebelum mengukur tekanan darah.
  • Elakkan daripada melakukan senaman berat, makan atau merokok sekurang-kurangnya 1 Jam sebelum mengambil tekanan darah.
  • Elakkan daripada ketawa atau bercakap dengan nada kuat sebelum atau ketika mengambil tekanan darah kerana ini boleh meninggikan tekanan darah.
  • Elakkan daripada memakai pakaian yang ketat terutamanya di bahagian lengan kerana ia dapat menghalang pengaliran darah.
  • Lengan hendaklah selaras dengan kedudukan jantung ketika bacaan tekanan darah diambil. Kusyen atau bantal kecil boleh digunakan untuk mengampu lengan anda.
  • Bacaan diulang sebanyak 3 kali, ambil purata bacaan. Rehat sekurang-kurangnya 2 minit sebelum bacaan seterusnya diambil.
  • Tekanan darah perlu diukur pada kedua-dua belah lengan dan bacaan tertinggi diambil kira.
  • Pastikan saiz 'cuff' yang digunakan bersesuaian (tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar).
  • Seelok-eloknya bacaan tekanan darah diambil pada masa yang sama setiap hari. Sebagai contoh, sekali ketika bangun daripada tidur dan sekali ketika hendak tidur. Hal ini bertujuan membuat perbandingan.
  • Rekodkan bacaan anda. Pastikan bacaan tekanan darah direkodkan dengan tep

Sunday 4 July 2010

RAHSIA KHUSYUK DALAM SOLAT

0 comments
DIRIWAYATKAN pada zaman dulu ada seorang ahli ibadat bernama Isam bin Yusuf yang terkenal warak serta sentiasa khusyuk dalam mengerjakan solat. Bagaimanapun, sebagai manusia, Isam selalu tertanya mengenai ibadat yang dilakukan berikutan khuatir ia tidak khusyuk menyebabkan dia sering bertanya kepada ahli ibadat lain bagi memperbaiki dirinya.
      Namun, pada satu hari, Isam menghampiri seorang abid bernama Hatim Al-Assam lalu bertanya: "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan mengerjakan solat?". Lalu dijawab Hatim: "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin."
      Kerana ingin mengetahui lebih lanjut, Isam bertanya: "Bagaimana pula caranya wuduk zahir dan batin itu?" Dijawab oleh Hatim: "Wuduk zahir adalah sama seperti kita membasuh anggota dengan menggunakan air tetapi wuduk batin adalah dengan membasuh seluruh anggota badan menerusi tujuh perkara iaitu bertaubat, menyesali dosa yang dilakukan, tidak terlalu mencintai dunia, tidak berharap pada pujian, meninggalkan sifat bangga, meninggalkan sifat khianat dan menipu, serta meninggalkan sifat dengki."
      Seterusnya, Hatim berkata: "Apabila sesudah aku berwuduk zahir dan batin, lalu aku terus ke masjid, aku kemaskan anggota tubuhku dan terus menghadap kiblat dengan perasaan aku menghadap Allah SWT, syurga di sebelah kananku, neraka disebelah kiriku dan malaikat maut dibelakangku.
       "Sesudah itu, aku bayangkan berdiri di atas titian Siratul Mustaqim dengan menganggap solatku ini adalah solat yang terakhir, lalu aku berniat dan bertakbir dengan sebaik-baiknya. "Ketika di dalam solat, aku menghayati bacaan dan doa yang diucapkan, aku pastikan aku memahami maksudnya sebelum aku rukuk dan sujud dengan penuh tawaduk, lantas aku bertasyadud dengan sepenuh keikhlasan hati.  Beginilah caranya aku bersolat selama 30 tahun," katanya.
       Apabila mendengar penerangan itu, menangislah Isam kerana membayangkan ibadat dilakukannya kurang baik berbanding Hatim. Menerusi kisah ini, dapat disimpulkan bahawa bagi mencapai solat yang khusyuk, seseorang itu bukan saja perlu meninggalkan setiap sifat buruk di dalam diri, malah perlu memahami maksud serta makna bacaan yang diucapkan.

Thursday 1 July 2010

Cara tukar templates blog

0 comments
Salam,
    Hari nie aku nak bagi cara-cara untuk tukar templates kepada korang yang menghadapi masalah untuk tukar templates.
  • mula-mula sekali korang kena ada blog sendiri, bagi yang takde tu daftar dulu di blogger.com hehehe....
  • Lepas dah daftar sila klik pada design/layout kat blog korang bahagian atas. Kemudian klik pada edit HTML lihat gambar diatas.
  • Pada bahagian 'Edit Template', klik pada kotak 'Expand Widget Templates'.
  • Kemudian sila download templates kegemaran kamu kemudian save di my document.
  • Kemudian klik kat 'browse' kemudian 'upload' templates yang kamu save di my document seperti gambar diatas.
ok dah jadi... cuba try maaf aku ingat2 lupa la hehehe... korang cuba try insya-Allah mesti jadi punya aku buat jadi korang lak camne. ok bye...

biskut sempurna

0 comments
Bahan-bahan:
190 gm mentega
100 gm gula ising
2 biji telur putih
250 gm tepung
150 gm tepung jagung
100 gm kacang gajus
1/2 sudu teh tepung kastad

Cara membuat:
1. pukul telur dan gula ising hingga kembang.
2. Masukkan telur putih. Gaul sebati.
3. Masukkan tepung, tepung jagung, tepung kastad dan kacang gajus. Gaul sebati adunan.
4. Sejukkan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam.
5. Terapkan mengikut acuan yang disukai.
6. Bakar pada suhu 170 darjah Cselama 15 minit.