Korang mesti pening kepala bila Hp terkena virus kan, hari ni aku nak bagi info tentang virus dan bagaimana cara pencegahannya. Virus handphone ni banyak jenisnya, kalau nak diikutkan, lebih kurang sama dengan komputer kita. Virus ni menyerang melalui Hp yang berplatform seperti Symbian S60 (nokia). Pelbagai jenis virus boleh menyebabkan handphone mengalami masalah antaranya aplikasi tidak boleh buka, tidak boleh loading atau loading lembab, mengirim fail sendiri melalui bluetooth, handphone restart sendiri, bateri cepat habis dan pelbagai cara atau bentuk dia menyerang. Biasanya virus ni kita boleh membuangnya sendiri bagi sesiapa yang pakar tentang hp.
DEFINISI VIRUS

KEMAMPUAN VIRUS
1. Kemampuan memanipulasi
Virus handphone boleh membuatkan kita bingung kerana ia datang dari file yang
kita kenali, misalnya ia menyamar sebagai fail data tetapi sebenarnya ia merupakan
aplikasi virus yang aktif dalam melakukan penyebaran.
Virus handphone ini juga boleh disebar ke mana-mana dari handphone ketika aktif. Ia boleh menyerang Memory Flash(kad memori) dan memori RAM. Jika virus menyerang Memori RAM pengaruhnya akan melambatkan loading handphone dan bukan hanya itu, ia juga boleh melambatkan jaringan akses kesayangan kita iaitu ketika menjelajahi internet melalui GPRS. Jika virus menyerang Memory Flash, itulah yang lebih berbahaya kerana file data boleh disembunyikan atau malah secara drastik ia menghapus file tersebut.
3. Kemampuan merosak file
Virus handphone ternyata juga boleh membuat file kesayangan menjadi tidak berdaya. Segala file
data tidak boleh dibaca oleh aplikasi seperti MP3, RealPlayer dan lain-lain.
Virus handphone ternyata juga boleh membuat file kesayangan menjadi tidak berdaya. Segala file
data tidak boleh dibaca oleh aplikasi seperti MP3, RealPlayer dan lain-lain.
4. Kemampuan merosak sistem
Virus Handphone ini boleh merosak sistem yang terdapat dalam handphone. Bukan hanya file data tetapi
programnya sekali.
programnya sekali.
CIRI HANDPHONE BERVIRUS
Bluetooth hp aktif secara automatik tanpa diminta atau tanpa pengetahuan pengguna, handphone itu mengirimkan file bervirus ke peranti lain di sekelilingnya apabila ia mengesan ada aplikasi bluetooth yang aktif.
Kiriman MMS berterusan ke semua kontak yang tersimpan dalam hp. Ia akan mengirimkan MMS secara berterusan, jika anda tidak sedar kredit hp anda akan habis dan jika anda menggunakan postpaid sudah pasti bil bulanan melambung.
Handphone Nokia yang bersistem Symbian, apabila butang menu ditekan daftar aplikasi muncul, Jika ada aplikasi bernama Cabir, Caribe dan lain-lain aktif ini menandakan handphone anda diserang virus.
Muncul nama virus pada skrin handphone, ini bermakna sebahagian virus hp sudah makin berkembang.