Tuesday 22 June 2010

PENAWAR SENGGUGUT

0 comments
Bagi mengurangkan senggugut, ambil 2/3 biji buah mengkudu yang cukup masak. Hancur atau lumatkan dan tapis airnya. Campur dengan sedikit gula atau madu. Buat seperti jus mengkudu. Amalkan meminum jus mengkudu ini setiap pagi. Insya-Allah senggugut yang menyerang setiap bulan akan berkurangan.

Memanah

0 comments
  • Bidang memanah mula berkembang di negara sejak kedatangan pedagang asing
  • Berbeza dengan memanah moden kerana busur dan anak panahnya lebih ringkas dan ringan
  • Memerlukan fokus dan tumpuan tinggi
  • Memanah tradisional boleh dilakukan ketika berdiri, berlari, membelakangkan sasaran dan diatas kuda
  • Menuntut ketangkasan dan kekuatan tangan dan ibu jari untuk menarik tali di busur sebelum melepaskan anak panah
  • Program Leap menawarkan latihan memanah tradisional sebanyak tiga peringkat
  • Latihan permulaan dan pertengahan selama enam bulan, latihan memanah berkuda selama sembilan bulan
  • untuk keterangan lanjut sila layari laman web http://www.pemanah.net/

Pahlawan terkorban sia-sia di perang Uhud

0 comments
NDIRIWAYATKAN bahawa satu ketika dahulu pada zaman Rasulullah SAW, berlaku pertempuran sengit antara kaum muslimin dan musyrik yang lebih dikenali sebagai Perang Uhud.
     Dalam peperangan itu  kedua-dua pihak berjuang dengan hebat. Turut disertai seorang pemuda dikenali sebagai Qotzman, iaitu pahlawan yang diakui memiliki kegagahan serta keberanian untuk menumpaskan musuh.Kerana kehebatannya itu, namanya menjadi buah mulut kaum muslimin yang mengagumi sifat beraninya berikutan tanpa rasa ragu-ragu, terus melawan musuh walaupun mengalami banyak kecederaan.
     Namun sudah ketentuan Allah SWT, Qotzman cedera parah apabila ditikam pihak musuh hinggakan seluruh badan dipenuhi darah dan seterusnya meninggal dunia. Berita kematian Qotzman tersebar di kalangan sahabat yang sama-sama berjuang ketika itu.Ia satu berita gembira bagi rakannya yang beranggapan pemuda itu syahid, sekali gus memperoleh syurga yang dijanjikan Allah terhadap muslimin yang syahid di jalannya.
     Namun dicatatkan kematiannya itu akhirnya hanya sia-sia dan lebih teruk lagi apabila namanya disebut sebagai ahli neraka sebagaimana sabda rasulullah SAW: "Sebenarnya dia (Qotzman) tergolong sebagai penduduk neraka."
     Penjelasan Rasullullah merungkai niat sebenar Qatzman , di mana sebelum menghembuskan nafas terakhir dia menyatakan hasratnya berperang bukan kerana agama, sebaliknya untuk menjaga kehormatan Madinah daripada pencerobohan kaum musyrik.
     Ia sebagaimana dinyatakan oleh Ibn Kathir yang mendengar pemuda itu memberitahu, dia berperang untuk membela kehormatan kaum mereka dan jika tidak kerana itu, dia tidak akan sesekali ikut berperang. Berdasarkan kitab Sirah, sebaik cedera ditikam, Qotzman meletakkan hulu pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang ke dalam dadanya.
      Dia melakukan perbuatan itu kerana tidak tahan menanggung kesakitan akibat luka dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuh tetapi membunuh diri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai menyangka dia akan masuk syurga. Namun dia menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka yakni jelas sama sekali membuktikan perbuatan membunuh diri, walaupun ketika mengalami kepayahan atau kesengsaraan, tetap berdosa besar.