Friday 25 June 2010

Pak pandir dan handphone

0 comments
Pada suatu hari, Pak Pandir datang ke Kuala Lumpur untuk membeli handphone. "Saya mau beli henpon yang paling baru, mahal dan canggih", katanya dengan nada sombong. "Ini encik, henpon yang encik inginkan... tapi wang encik cukup ke?", tanya pemilik kedai tidak yakin. "Ini duit tiga ribu", jawab Pak Pandir. "tapi henpon ni tak boleh hidup pun?" marah Pak Pandir. "Oh, encik perlu beli sim kad.... baru boleh guna". "Saya beli sim kadnya" jawab Pak Pandir. Tak lama kemudian, urusan mereka pun selesai dan pak Pandir kembali ke kampungnya. Sesampai di kampung, henponnya tak boleh digunakan, Pak Pandir berasa marah dan segera pergi ke Kuala Lumpur semula. "Awak tipu saya ya!! henpon saya tak boleh buat panggilan!!!!!!!!!!!!" marah Pak Pandir. "Ooo.... mungkin tak ada signal encik". "Saya beli signalnya sekali. Kalau jual henpon jangan lupa jual signalnya sekali"

keluarga perang

0 comments
Rina: "Moyang aku berperang melawan Jepun. Datuk aku berperang melawan Portugis. Dan ayah  aku berperang melawan Bugis."

Azrul: "Nampaknya keluarga kau tidak boleh bertolak ansur dengan orang."

Masak lemak Pucuk paku & udang

0 comments
BAHAN-BAHAN:
10 tangkai cili padi
3cm kunyit hidup - dikupas
5 ulas bawang merah - dikupas dan dihiris nipis-nipis
300ml santan
10 ekor udang segar yang sederhana - dibuang kulit
500 gm pucuk paku - diambil daunnya sahaja
garam secukup rasa
Gula secukup rasa

CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk cili padi dan kunyit hidup sehingga lumat.
2. Bubuh bawang merah, cili padi dan kunyit yang sudah ditumbuk bersama-sama santan ke dalam periuk.
3. kacau rata-rata dan biarkan mendidih
4. Tambah udang dan masukkan pucuk paku.
5. Apabila kuah mendidih, tambahkan dengan garam dan gula secukupnya.
6. Renehkan selama 5 minit
7. hidangkan panas-panas.

Ayam golek

0 comments
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (2.2kg)
300ml santan
4 ulas bawang - dikupas dan dikisar halus-halus
3 cm halia - dikupas dan dikisar halus-halus
3 batang serai - dikisar halus-halus
3 sudu besar biji ketumbar - dikisar halus-halus
2 sudu besar jintan putih/halus biji - dikisar halus-halus
1 sudu teh biji lada hitam - dikisar halus-halus
40gm asam jawa - diramas dengan 100 ml air dan diambil pati
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

BAHAN HIAS:
200 gram daun salad - dimayang
1 biji telur - direbus, dikupas
1 tangkai cili merah - diukir bentuk bunga
1 tangkai cili hijau - diukir bentuk bunga

CARA BUAT:
1. Di dalam periuk besar, masukkan ayam bersama bahan-bahan yang dikisar dan santan. Masak di atas api
    sederhana.
2. Tambah air asam jawa sambil golek-golekkan ayam sekali-sekala. Siramkan kuah ke atas ayam untuk
    membasahinya. Biarkan mereneh sehingga kuah memekat.
3. Keluarkan ayam dan bubuh ke dalam dulang pembakar. Panggang dalam ketuhar yang sudah dipanaskan
    terlebih dahulu pada 170 darjah Celcius selama 20 minit sehingga kuning keemasan.
4. Bubuh daun salad ke dalam pinggan hidang dan bubu ayam panggang di atasnya. Hias dengan telur dan
    ukiran bunga cili.

Menguji ketuhar

0 comments
Sekirannya anda ingin mengetahui sama ada ketuhar cukup panas dan bersedia digunakan atau tidak, masukkan kertas minyak berukuran 5 x15 cm ke dalam ketuhar. Jika kertas bergulung itu tandanya sudah cukup panas untuk dibakar.

Air asam jawa dalam masakan

0 comments
Dalam masakan yang menggunakan terung, jangan masukkan air asam jawa terlebih dahulu sebelum terung kerana ia akan melayukan terung. Sementara untuk masakan yang menggunakan sayur bendi, hendaklah di bubuh air asam jawa dulu sebelum sayur bendi supaya tidak melendirkan masakan tersebut.

Melazatkan ikan beku

0 comments
Ikan yang lama disimpan dalam peti sejuk akan berasa tawar dan tidak segar. Untuk mengatasinya, rendamkan ikan tersebut dalam susu segar selama 15 minit. Masaklah seperti biasa. Insya-Allah ikan akan menjadi segar kembali dan enak dimakan.

Lempeng sayuran

0 comments
BAHAN-BAHAN:
250 gm tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 biji bawang besar dicincang halus
1 ulas bawang putih dicincang halus
100 gm tauge
50 gram daun kuchai (dipotong 2 cm panjang)
1 liter air
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Minyak sembur

CARA MEMBUAT:
1. Campurkan tepung (tinggalkan sedikit) dengan serbuk kunyit, garam, lada sulah dan sedikit air. Pukul
    sehingga kembang.
2. Campur bawang besar, kuchai dan taugeh. Jika adunan terlalu cair, campurkan dengan lebihan tepung tadi
    dan pukul sebati.
3. Panaskan kuali leper dan renjis sedikit minyak masak.
4. Tuangkan adunan di atas kuali dan goreng hingga masak.