Wednesday 30 June 2010

panduan elak kemalangan

0 comments
Salam semua,

       Huh.. setiap hari ada je kemalangan yang berlaku di negara kita, terutama di musim perayaan. Kemalangan ni bukan saja menyebabkan kehilangan nyawa tapi melibatkan kerugian harta benda, rasanya kemalangan boleh di elak jika kita berhati2. Sekarang aku nak bagi tips kepada korang, sekurang2nya dapat menjadi pemanduan berhemah, Insya-Allah:
  • SENTIASA memakai tali pinggang keledar ketika memandu dan jangan lupa penumpang belakang sekali, ini kena ambil perhatian juga. Ramai orang yang memandu tak pakai tali pinggang kan hehehe....
  • JANGAN memandu melebihi had kelajuan. Patuhi la had kelajuan yang ditetapkan.
  • SENTIASA kekalkan jarak selamat antara kereta korang dengan kenderaan dihadapan. Kalau waktu hujan lebat pula kekalkan lebih jarak dengan kenderaan di depan atau belakang.
  • KETIKA memandu, pemandu lain mesti melakukan kesilapan. Oleh itu korang jangan la bergantung kepada pengguna jalan raya lain  untuk memastikan keselamatan kamu.
  • JANGAN pandang secara tepat lampu keta orang dari arah bertentangan, dah tentu ia menyilaukan mata kamu. Pandu lebih ke bahagian kanan dan jadikan garisan putih sebagai panduan.
  • SENTIASA peka dan berhati-hati kerana ada kes kereta membelok dengan tiba2 untuk mengelak lopak atau lubang besar dan lain2 lagi.
  • MEMANDU dalam keadaan cuaca buruk terutamanya ketika hujan lebat sangat sukar. Tayar keta mungkin hilang kuasa tarikan pada permukaan jalan basah. Pandulah perlahan jika jalan dipenuhi air
  • KETIKA memandu di lebuh raya, korang kena berjaga2 kerana ada pemandu yang mengubah lorong secara tiba2.
  • JANGAN biarkan emosi menguasi kamu kerana ia menyebabkan keburukan dari kebaikan. Awasi tahap panas baran kamu.
  • ELAK memandu jika letih. Jika penat berhenti dulu, cari la hentian rehat untuk tidur seketika atau lakukan senaman ringan atau menikmati secawan kopi. Tentu lebih segar dan peka.
  • PERIKSA kereta kamu sebelum memulakan perjalanan atau sekurang2nya sekali setiap minggu
  • PERHATIKAN kereta di hadapan selama 15 hingga 20 saat atau lebih untuk melihat dan menyedari sesuatu situasi merbahaya atau sebarang masalah bagi mengelakkannya, supaya kamu boleh menekan brek dengan pantas.
  • JIKA ingin mengubah lorong, sentiasa pandang ke belakang melalui cermin supaya mendapat kelegaan dan keyakinan berbuat demikian.
  • PERIKSA keadaan tayar kereta. Pastikan tekanan angin mencukupi dan corak bunga tayar masih elok untuk mendapat pemanduan serta cengkaman baik. Ia berguna ketika cuaca buruk.
  • TEMPAT paling selamat untuk kanak-kanak ialah bahagian tengah tempat duduk belakang. Kanak-kanak berusia lima tahun kebawah mestilah ditempatkan dalam tempat duduk khas dan pasangkan tali pinggang keselamatan.

Tuesday 29 June 2010

Biskut Quaker Oats

0 comments
BAHAN-BAHAN:
1 paun quaker oats
3 biji telur kuning
8 auns mentega
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk koko

CARA MEMBUAT:
1. Putar mentega hingga kembang.
2. masukkan telur kuning perlahan-lahan.
3. Campurkan oats, vanilla dan serbuk koko. Gaul sebati adunan.
4. Bentukkan mengikut kreativiti.
5. Bakar pada suhu 180 darjah C selama 20 minit.

Rahsia keenakkan bubur kacang

0 comments
Goreng kacang hijau tanpa minyak terlebih dahulu sehingga berbau wangi sebelum ia direbus. Selepas itu, rendam di dalam air lebih kurang 2 jam supaya ia cepat kembang dan lebih cepat dimasak nanti. Kemudian masak seperti biasa, bubur anda akan jadi lebih enak kerana bangkit bau wanginya.

Sunday 27 June 2010

Petua memotong buah-buahan

0 comments
Kebiasaannya, buah-buahan yang telah dipotong akan mudah kelihatan lebam. Petua ini amat sesuai untuk anda. Sebelum memotong atau menghiris buah-buahan, sapu limau nipis terlebih dahulu pada pisau. Ini kerana, limau nipis dikatakan dapat mengelakkan potongan buah-buahan daripada menjadi lebam.

Mengelakkan muntah ketika perjalanan jauh

0 comments
Petua muntah mengikut situasi:
  • Ambil makanan lembut atau cair beberapa jam sebelum perjalanan.
  • Duduk tempat paling depan samaada dalam kereta atau bas.
  • Jika menaiki bot duduk di bahagian tengah dan fokus pada objek statik seperti pulau.
  • Tarik nafas dan gosok sekeliling leher atau halkum bagi elak rasa mual.

Elak gatal getah keladi

0 comments
Sebelum menyiang keladi pastikan tangan tidak basah. Lumur asam gelugur pada tangan. Ketika menanggalkan kulit nipis pada bahagian luar batang keladi jangan rendam batang keladi dalam air. Akhir sekali basuh keladi sehingga bersih.

Saturday 26 June 2010

Info pemakanan

0 comments
Makan betik boleh keluar lendir berlebihan?
Tiada kajian saintifik untuk menyokong pendapat di atas, namun betik memang buah yang berkhasiat. Isinya yang berwarna oren menunjukkan betik kaya dgn betakaroten yg berguna untuk menjaga penglihatan, memperbaiki sel rosak dan mengekalkan kelembapan kulit dan rambut. Sebagai buah yang kaya dengan vitamin C, ia juga membantu menghalang kesan radikal bebas. Usah terpengaruh dengan fakta songsang tentang betik kerana betik terbukti baik untuk kesihatan, terutamanya kepada wanita.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tempe, Makanan Jawa Kaya Khasiat
Tempe yang dihasilkan dari kacang soya kaya dengan serat, kalsium, vitamin B dan zat besi. Selain kaya khasiat, tempe juga membantu mencegah beberapa jenis penyakit merbahaya. Khasiat tempe melawan kesan-kesan radikal bebas hingga membantu melewatkan penuaan dan mencegah terjadinya penyakit jantung. Kencing manis dan lain2.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Daun kari penawar banyak masalah kesihatan
Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang sangat tinggi dan digunakan secara meluas dalam perubatan India. Ia dijadikan rumusan herba untuk menguatkan perut serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif untuk mengatasi masalah sembelit. Daunnya yang dikisar bersama-sama limau nipis membantu mengatasi masalah loya dan pening  terutamanya setelah makan lemak yang berlebihan. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit-birit dan buasir. Air rebusan kulit batangnya yang kering pula dapat digunakan untuk mengubat diabetes. Hasil kajian mendapati daun kari mengandungi 66.3% kelembapan, 6.1% protein, 1.0% lemak, 16.0% karbohidrat, 6.4% fiber, mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik dan vitamin C. Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kurang Vitamin B Punca Kelemumur
Vitamin B sangat penting kerana ia berperanan untuk mengatur minyak ke dalam kulit kepala. Kekurangan niasin, iaitu sejenis vitamin B yang berat akan menyebabkan kekeringan pada kulit kepala serta kelemumur. Niasin banyak terdapat pada daging, roti dan bijirin. Jika kulit kepala terlalu berminyak pula, tingkatkan makanan yang kaya dengan riboflavin misalnya susu, bijirin dan produk tenusu. manakala, bagi rambut yang terlalu cepat gugur pula, tingkatkan makanan yang kaya dengan produk kekacang.

Kita serupa

0 comments
Seorang lelaki dari kampung pergi ke salun kecantikan dan pelangsingan di bandar. Tujuannya untuk turunkan berat badan.
Lelaki: Boleh saya berjumpa pengurus di sini?
Seorang wanita gemuk masuk ke pejabat itu.
Wanita: Ya, Saya la pengurus di sini, boleh kita berbincang?
Lelaki: Hmmm, Takpe lah saya balik dulu(diri dia pun lebih kurang aku jer macam mana dia boleh jadi pengurus kata lelaki itu di dalam hati)

Daging kicap dan kacang pis

0 comments
BAHAN-BAHAN:
500 gram daging lembu - dipotong nipis-nipis
6 ulas bawang merah - dikupas dan dikisar halus
3 cm halia - dikupas dan dikisar halus
Garam secukup rasa
1/2 sudu teh lada putih / sulah
1 sudu teh sos soya manis
100 ml air
30 ml minyak masak
100 gram kacang pis

CARA MEMBUAT:
1. Perap daging bersama dengan bawang merah dan halia.
2. Tambah garam, gula, lada putih dan sos soya manis. Biarkan selama 20 minit.
3. Panaskan air dalam periuk. Masukkan daging yang telah diperap dan biarkan ia mendidih.
4. Masukkan minyak masak dan kacang pis.
5. Biarkan ia mereneh sehingga daging menjadi lembut dan kuah menjadi pekat.
6. hidangkan ketika panas.

Friday 25 June 2010

Pak pandir dan handphone

0 comments
Pada suatu hari, Pak Pandir datang ke Kuala Lumpur untuk membeli handphone. "Saya mau beli henpon yang paling baru, mahal dan canggih", katanya dengan nada sombong. "Ini encik, henpon yang encik inginkan... tapi wang encik cukup ke?", tanya pemilik kedai tidak yakin. "Ini duit tiga ribu", jawab Pak Pandir. "tapi henpon ni tak boleh hidup pun?" marah Pak Pandir. "Oh, encik perlu beli sim kad.... baru boleh guna". "Saya beli sim kadnya" jawab Pak Pandir. Tak lama kemudian, urusan mereka pun selesai dan pak Pandir kembali ke kampungnya. Sesampai di kampung, henponnya tak boleh digunakan, Pak Pandir berasa marah dan segera pergi ke Kuala Lumpur semula. "Awak tipu saya ya!! henpon saya tak boleh buat panggilan!!!!!!!!!!!!" marah Pak Pandir. "Ooo.... mungkin tak ada signal encik". "Saya beli signalnya sekali. Kalau jual henpon jangan lupa jual signalnya sekali"

keluarga perang

0 comments
Rina: "Moyang aku berperang melawan Jepun. Datuk aku berperang melawan Portugis. Dan ayah  aku berperang melawan Bugis."

Azrul: "Nampaknya keluarga kau tidak boleh bertolak ansur dengan orang."

Masak lemak Pucuk paku & udang

0 comments
BAHAN-BAHAN:
10 tangkai cili padi
3cm kunyit hidup - dikupas
5 ulas bawang merah - dikupas dan dihiris nipis-nipis
300ml santan
10 ekor udang segar yang sederhana - dibuang kulit
500 gm pucuk paku - diambil daunnya sahaja
garam secukup rasa
Gula secukup rasa

CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk cili padi dan kunyit hidup sehingga lumat.
2. Bubuh bawang merah, cili padi dan kunyit yang sudah ditumbuk bersama-sama santan ke dalam periuk.
3. kacau rata-rata dan biarkan mendidih
4. Tambah udang dan masukkan pucuk paku.
5. Apabila kuah mendidih, tambahkan dengan garam dan gula secukupnya.
6. Renehkan selama 5 minit
7. hidangkan panas-panas.

Ayam golek

0 comments
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (2.2kg)
300ml santan
4 ulas bawang - dikupas dan dikisar halus-halus
3 cm halia - dikupas dan dikisar halus-halus
3 batang serai - dikisar halus-halus
3 sudu besar biji ketumbar - dikisar halus-halus
2 sudu besar jintan putih/halus biji - dikisar halus-halus
1 sudu teh biji lada hitam - dikisar halus-halus
40gm asam jawa - diramas dengan 100 ml air dan diambil pati
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

BAHAN HIAS:
200 gram daun salad - dimayang
1 biji telur - direbus, dikupas
1 tangkai cili merah - diukir bentuk bunga
1 tangkai cili hijau - diukir bentuk bunga

CARA BUAT:
1. Di dalam periuk besar, masukkan ayam bersama bahan-bahan yang dikisar dan santan. Masak di atas api
    sederhana.
2. Tambah air asam jawa sambil golek-golekkan ayam sekali-sekala. Siramkan kuah ke atas ayam untuk
    membasahinya. Biarkan mereneh sehingga kuah memekat.
3. Keluarkan ayam dan bubuh ke dalam dulang pembakar. Panggang dalam ketuhar yang sudah dipanaskan
    terlebih dahulu pada 170 darjah Celcius selama 20 minit sehingga kuning keemasan.
4. Bubuh daun salad ke dalam pinggan hidang dan bubu ayam panggang di atasnya. Hias dengan telur dan
    ukiran bunga cili.

Menguji ketuhar

0 comments
Sekirannya anda ingin mengetahui sama ada ketuhar cukup panas dan bersedia digunakan atau tidak, masukkan kertas minyak berukuran 5 x15 cm ke dalam ketuhar. Jika kertas bergulung itu tandanya sudah cukup panas untuk dibakar.

Air asam jawa dalam masakan

0 comments
Dalam masakan yang menggunakan terung, jangan masukkan air asam jawa terlebih dahulu sebelum terung kerana ia akan melayukan terung. Sementara untuk masakan yang menggunakan sayur bendi, hendaklah di bubuh air asam jawa dulu sebelum sayur bendi supaya tidak melendirkan masakan tersebut.

Melazatkan ikan beku

0 comments
Ikan yang lama disimpan dalam peti sejuk akan berasa tawar dan tidak segar. Untuk mengatasinya, rendamkan ikan tersebut dalam susu segar selama 15 minit. Masaklah seperti biasa. Insya-Allah ikan akan menjadi segar kembali dan enak dimakan.

Lempeng sayuran

0 comments
BAHAN-BAHAN:
250 gm tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 biji bawang besar dicincang halus
1 ulas bawang putih dicincang halus
100 gm tauge
50 gram daun kuchai (dipotong 2 cm panjang)
1 liter air
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Minyak sembur

CARA MEMBUAT:
1. Campurkan tepung (tinggalkan sedikit) dengan serbuk kunyit, garam, lada sulah dan sedikit air. Pukul
    sehingga kembang.
2. Campur bawang besar, kuchai dan taugeh. Jika adunan terlalu cair, campurkan dengan lebihan tepung tadi
    dan pukul sebati.
3. Panaskan kuali leper dan renjis sedikit minyak masak.
4. Tuangkan adunan di atas kuali dan goreng hingga masak.

Thursday 24 June 2010

pizza mini

0 comments
BAHAN-BAHAN:
2 keping roti pita
120 gm puri tomato
2 biji tomato didadu
3 kepingan daging ayam (dihiris memanjang)
120 gm keju parut
Serbuk lada hitam secukup rasa

CARA MEMBUAT:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170`C
2. Aturkan roti pita di atas dulang pembakar yang 
    telah disapukan dengan puri tomato, tomato
    dadu, kepingan ayam serta keju parut.
3. Taburkan serbuk lada hitam di atasnya.
4. Kemudian bakar pizza sehingga berwarna kekuningan. Enak dimakan ketika masih panas.

Lempeng pisang

0 comments
BAHAN-BAHAN:
4-6 biji pisang dihiris
250 gm tepung naik sendiri
125 gm mentega yang dicairkan
250 ml susu segar
1 biji telur dipukul
1/2 sudu teh gula
1/2 sudu teh esen vanila
minyak sembur

CARA MEMBUAT:
1. Campurkan semua adunan kecuali pisang dan
    susu, ke dalam mangkuk pengadun.
2. Kemudian tuangkan susu sedikit demi sedikit dan pukul sebati. Pastikan adunan benar-benar kembang.
    Ketepikan.
3. Panaskan kuali leper dan semburkan minyak masak di atasnya.
4. Tuangkan adunan atas kuali. Kemudian aturkan hirisan pisang di atasnya. Kaup balikkan lempeng dan
    angkat apabila sudah masak.

Ayam Cendawan telur Putih Dadar

0 comments
BAHAN-BAHAN:
120 gm isi daging ayam disiat-siat
125 gm cendawan butang dihiris nipis
1 sudu makan daun kuchai (dipotong 2 inci panjang)
1 sudu makan bawang merah (di mayang)
3 biji telur putih dipukul hingga kembang
garam secukup rasa
Serbuk lada sulah secukup rasa
Minyak sembur

CARA MEMBUAT:
1. Pukul telur putih bersama garam dan lada sulah.
2.Panaskan kuali leper dan renjis minyak masak diatasnya.
3. Tuangkan telur dan biarkan ia masak dengan api perlahan.
4. Tabur ayam siat, cendawan, bawang merah dan daun kuchai. Lipat telur dadar dan angkat. boleh
    dinikmati bersama roti bakar.

Demam tifoid boleh mengundang maut

0 comments
Penyakit ini cukup berbahaya bahkan boleh membawa maut. Gejala penyakit ini pada mulanya sangat ringan tetapi akhirnya membawa kepada sakit yang berat. Mulanya ia mungkin hanya menunjukkan  tanda demam biasa di mana pada waktu siang badan akan rasa sihat. Panas seperti ini biasanya terjadi pada minggu pertama, sedangkan pada minggu kedua, panas akan berlangsung dari pagi hingga ke malam. Pada minggu ketiga pula terjadi penyembuhan dan panas akan segera turun atau mungkin berlaku gejala lain seperti:

  • Sakit ulu Hati

  • Cirit birit

  • Sakit kepala

  • Muntah-muntah
Demam Tifoid dibawa oleh kuman Salmonella Typhi dan Salmonella Paratyphi. Kedua-dua kuman ini masuk ke badan kita melalui makanan atau minuman yang tercemar seterusnya masuk kedalam usus dan berkembang biak. Apa yang membimbangkan, kuman ini boleh tersebar ke hati, paru-paru bahkan boleh sampai ke otak!

rambut

0 comments
Untuk mengelakkan penampilan jadi janggal, hati-hati dengan potongan rambut. Tips dibawah mungkin boleh membantu.

WAJAH BULAT
Boleh: Potongan rambut lurus dengan belahan di tengah kepala.
Tidak boleh: Rambut yang mengembang. Potongan seperti ini akan membuatkan wajah tampak lebih bulat.

WAJAH BUJUR
boleh: Segala bentuk potongan rambut sesuai untuk anda dan tetap cantik di pandang.
Tidak boleh: Jangan gayakan potongan rambut yang terlalu mengembang atau sasak yang terlalu berlebihan pada bahagian atas kepala.

WAJAH BERSEGI
Boleh: Sekirannya anda mempunyai bentuk wajah dan rahang bersegi haruslah diperhalusi dengan sentuhan rambut ikal, kerinting dan layer.
Tidak boleh: Jangan sesekali mengikat rambut ke belakang kerana ia akan menonjolkan lagi bentuk wajah bersegi anda yang keras.

BENTUK HATI
Boleh: Muka bentuk hati amat sesuai berambut ikal pada bahagian bawah. Ini akan mengimbangi bahagian atas kepala yang lebih besar dan bahagian dagu yang runcing.
Tidak boleh: Rambut lurus jatuh dengan belahan pada bahagian tengah kepala.

BENTUK LONJONG
Boleh: Bagi muka yang berbentuk lonjong cuma blow bahagian rambut tepi sehingga mengembang. Ini akan menyeimbangkan wajah yang panjang dan runcing.
Tidak boleh:  Lupakan potongan rambut yang lurus jatuh tergantung. Ini akan membuatkan wajah anda bersaing dengan rambut dan tampak lebih lonjong.

Wednesday 23 June 2010

HILANGKAN GETAH PISANG PADA PAKAIAN

0 comments
Ambil sedikit kapur sirih dan sapu rata pada bahagian pakaian yang terkena getah pisang. Biarkan selama 5 minit dan setelah itu cuci seperti biasa. Getah pisang yang melekat pada pakaian akan hilang

NAIKKAN SERI MUKA

0 comments
Ambil sebiji buah tomato masak. lecek hingga halus kemudian sapukan pada muka. Biarkan kering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih seeloknya air suam. Lakukan 2 atau 3 kali seminggu. Insyaallah kalau diamalkan kulit muka anda sentiasa merah berseri

PELEMBAP MUKA SEMULA JADI

0 comments
Air kelapa muda adalah pelembap muka semulajadi untuk kulit muka. mula-mula cuci muka terlebih dahulu, setelah itu barulah dicuci dengan air kelapa muda. Biarkan kering di muka selama setengah jam barulah dibilas dengan air sekali lagi. Amalkan seminggu sekali agar kulit muka anda kelihatan lembap dan berseri. Di samping itu dia boleh menegangkan kulit muka.

KARIPAP LEBIH SEDAP

0 comments
Cairkan mentega yang digunakan terlebih dahulu. Kemudian barulah dicampurkan dengan adunan tepung dan uli seperti biasa. Cara ini menjadikan karipap anda lebih enak dan rangup

MUDAH KUPAS BAWANG PUTIH

0 comments
Apabila ada kenduri besar, kadang-kadang timbul masalah dalam proses mengupas bawang putih. Bagaimanapun, terdapat cara mudah untuk mengupas bawang putih. Letakkan minyak masak pada bawang putih tersebut dan gaulkan sama rata. Kemudian biarkan selama 2-3 minit. Selepas itu picit sahaja kulit bawang tersebut dengan tangan. Insya-Allah kerja anda lebih mudah dan cepat

RANGUPKAN TOMATO

0 comments
Untuk merangupkan tomato yang telah terlalu ranum dan sedikit lembik, cubalah petua ini. Rendamkan tomato ke dalam air sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit garam. Biarkan semalaman di dalam peti sejuk, sebelum digunakan dalam masakan anda. Pasti tomato anda kembali segar.

KENCING TAK LAWAS

0 comments
Jika anda menghadapi masalah kencing tidak lawassudah tentu mata menyeksakan. Untuk menghilangkan sakit itu anda hanya perlu merebus sedikit biji barli sehingga kembang dan minum airnya. Jika perlu tambahkan sedikit gula. Insya-Allah rasa sakit yang dihadapi akan sembuh, ia juga dapat menyejukkan badan.

HILANGKAN PAHIT ULAM

0 comments
Rebus ulam yang pahit bersama daun senduduk. Setelah masak keluarkan ulam tersebut dan asingkan. Tos ulam dan hidangkan bersama sambal belacan.

ACAR LIMAU TIDAK PAHIT

0 comments
Inginkan acar yang enak tanpa limau yang pahit, cuba petua ini. semasa merebus limau untuk acar, masukkan beberapa keping syiling 1sen ke dalam rebusan limau. Insya-Allah limau akan hilang pahitnya dan bertambah lembut.

HILANGKAN BINTIK HITAM

0 comments
Dapatkan 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garam kemudian ditumbuk halus. Campurkan dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit air suam. Amalkan memakainya pada muka setiap malam dan cuci pada keesokan hari. Lakukan sehingga bintik-bintik hitam hilang.

HILANGKAN SAKIT KURAP

0 comments
Cara mengatasinya ialah ambil beberapa helai daun lada kemudian gosokkan pada tempat yang terkena penyakit kurap itu. Amalkan setiap hari. Insya-Allah penyakit kurap akan hilang

ATASI WAJAH BERKEDUT

0 comments
Jika kulit wajah anda mulai berkedut, langkah berikut mungkin boleh menjadi penyelesaian. Ambil satu biji kuning telur, satu sudu kecil minyak zaitun dan lima titis perahan limau nipis. Gaul sebati dan sapukan ke wajah anda. Biarkan selama 20 minit dan kemudian bilas dengan air hangat. Lakukan secara teratur seminggu sekali. Pasti kulit wajah terasa lebih segar dan tidak berkedut lagi.

KEMBALIKAN KESEGARAN BADAN

0 comments
Jika badan terasa letih lesu, kerana terlalu penat bekerja, anda boleh memulihkan tenaga dengan cara berikut. Ambil satu suducuka makan, masukkan kedalam gelas. Tuang sedikit-sedikit pada tapak tangan setelah itu gosokkan pada badan. Kemudian lumurkan pula air pada badan biarkan selama setengah jam. Setelah itu barulah mandi dan kemudian keringkan badan. Anda akan dapat merasakan kesegarannya dan kulit pun menjadi licin. selamat mencuba.

Khasiat serbuk teh

0 comments
Teh selain dibuat minuman juga boleh digunakan sebagai penawar jika anda terkena air panas. Caranya, ambil sedikit serbuk teh dan taburkan pada tempat yang terkena air panas itu. Insyaallah akan meredakan rasa panasnya

Tuesday 22 June 2010

PENAWAR SENGGUGUT

0 comments
Bagi mengurangkan senggugut, ambil 2/3 biji buah mengkudu yang cukup masak. Hancur atau lumatkan dan tapis airnya. Campur dengan sedikit gula atau madu. Buat seperti jus mengkudu. Amalkan meminum jus mengkudu ini setiap pagi. Insya-Allah senggugut yang menyerang setiap bulan akan berkurangan.

Memanah

0 comments
  • Bidang memanah mula berkembang di negara sejak kedatangan pedagang asing
  • Berbeza dengan memanah moden kerana busur dan anak panahnya lebih ringkas dan ringan
  • Memerlukan fokus dan tumpuan tinggi
  • Memanah tradisional boleh dilakukan ketika berdiri, berlari, membelakangkan sasaran dan diatas kuda
  • Menuntut ketangkasan dan kekuatan tangan dan ibu jari untuk menarik tali di busur sebelum melepaskan anak panah
  • Program Leap menawarkan latihan memanah tradisional sebanyak tiga peringkat
  • Latihan permulaan dan pertengahan selama enam bulan, latihan memanah berkuda selama sembilan bulan
  • untuk keterangan lanjut sila layari laman web http://www.pemanah.net/

Pahlawan terkorban sia-sia di perang Uhud

0 comments
NDIRIWAYATKAN bahawa satu ketika dahulu pada zaman Rasulullah SAW, berlaku pertempuran sengit antara kaum muslimin dan musyrik yang lebih dikenali sebagai Perang Uhud.
     Dalam peperangan itu  kedua-dua pihak berjuang dengan hebat. Turut disertai seorang pemuda dikenali sebagai Qotzman, iaitu pahlawan yang diakui memiliki kegagahan serta keberanian untuk menumpaskan musuh.Kerana kehebatannya itu, namanya menjadi buah mulut kaum muslimin yang mengagumi sifat beraninya berikutan tanpa rasa ragu-ragu, terus melawan musuh walaupun mengalami banyak kecederaan.
     Namun sudah ketentuan Allah SWT, Qotzman cedera parah apabila ditikam pihak musuh hinggakan seluruh badan dipenuhi darah dan seterusnya meninggal dunia. Berita kematian Qotzman tersebar di kalangan sahabat yang sama-sama berjuang ketika itu.Ia satu berita gembira bagi rakannya yang beranggapan pemuda itu syahid, sekali gus memperoleh syurga yang dijanjikan Allah terhadap muslimin yang syahid di jalannya.
     Namun dicatatkan kematiannya itu akhirnya hanya sia-sia dan lebih teruk lagi apabila namanya disebut sebagai ahli neraka sebagaimana sabda rasulullah SAW: "Sebenarnya dia (Qotzman) tergolong sebagai penduduk neraka."
     Penjelasan Rasullullah merungkai niat sebenar Qatzman , di mana sebelum menghembuskan nafas terakhir dia menyatakan hasratnya berperang bukan kerana agama, sebaliknya untuk menjaga kehormatan Madinah daripada pencerobohan kaum musyrik.
     Ia sebagaimana dinyatakan oleh Ibn Kathir yang mendengar pemuda itu memberitahu, dia berperang untuk membela kehormatan kaum mereka dan jika tidak kerana itu, dia tidak akan sesekali ikut berperang. Berdasarkan kitab Sirah, sebaik cedera ditikam, Qotzman meletakkan hulu pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang ke dalam dadanya.
      Dia melakukan perbuatan itu kerana tidak tahan menanggung kesakitan akibat luka dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuh tetapi membunuh diri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai menyangka dia akan masuk syurga. Namun dia menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka yakni jelas sama sekali membuktikan perbuatan membunuh diri, walaupun ketika mengalami kepayahan atau kesengsaraan, tetap berdosa besar.

Monday 21 June 2010

Upin & Ipin

0 comments

Sunday 20 June 2010

hang tuah fail spm

0 comments

Friday 18 June 2010

Nokia N86

0 comments
Yes.... Aku dah dapat beli handphone yang aku idam2kan selama ni, iaitu nokia N86. Model ni aku minat kerana kameranya yang tinggi megapixelnya, memang puas hati tengok gambarnya clear siot... Selain tu banyak funsion dia yang aku minat, salah satunya ialah  GPS. Mp3 pulak memang puas dengar speaker pun boleh tahan sedap jugak la, ia di lengkapi stereo dan aqualizer. Hp ni dilengkapi sistem FM transmiter, taw tak pe benda dan fungsinye...? Fungsi dia adalah untuk menyambung mp3 ke radio, tak kira la radio keta ke, rumah ke asalkan radio tu ada fekuensi. selain tu hp ni dah di lengkapi memori dalaman 8gb belum termasuk memori kad lagi tu. Aku berikan sedikit info untuk hp ni, mana taw berguna tuk mereka yang berminat kan.

Upin & Ipin 3

0 comments

keselamatan kanak-kanak dalam talian online

0 comments
  • Galakkan anak anda menceritakan pengalaman mereka menggunakan internet kepada anda. Ini adalah  penting untuk mengetahui jika terdapat gangguan yang anak anda alami ketika menggunakan internet.


  • Beritahu anak anda untuk menceritakan kepada anda perkara berkenaan internet yang membuatkan mereka tidak selesa.


  • Jika anak anda melawat bilik bual (chat room), gunakan program permesejan segera (Instant Messaging), permainan dalam talian atau aktiviti2 lain di internet yang memerlukan nama daftar masuk untuk memperkenalkan diri sebagai ibu bapa bantu anak anda memilih nama itu dan pastikan mereka tidak mendedahkan maklumat peribadi tersebut.


  • Tekankan kepada anak anda supaya tidak memberi alamat, no. tel atau maklumat peribadi lain termasuklah di mana mereka bersekolah atau di mana mereka suka bermain.


  • Didik anak anda bahawa perbezaan antara yg baik dan yg buruk tetap sama dalam internet seperti di dunia sebenar.


  • Tunjukkan kepada anak anda cara menghormati orang lain dalam talian. Pastikan mereka tahu bahawa peraturan untuk bersikap baik tidak berubah hanya kerana mereka menggunakan komputer.


  • Tekankan kepada anak anda untuk menghormati hak milik orang lain dalam talian. Terangkan bahawa membuat salinan turun kerja orang lain seperti muzik, permainan video dan perisian program komputer adalah salah dan boleh diumpamakan seperti mencuri.


  • Beritahu anak anda yang mereka tidak boleh menemui rakan dalam talian secara bersemuka. terangkan bahawa rakan dalam talian mungkin bukan seperti yang mereka katakan tentang diri mereka samaada dalam talian.


  • Didik anak anda bahawa tidak semua yang mereka baca atau lihat dalam talian adalah benar.Galakkan mereka untuk bertanya kepada nada jika terdapat isu atau perkata yang mereka tidak pasti.


  • Kawal aktiviti dalam talian anak anda dengan perisian internet yang terkini. Kawalan ibu bapa boleh membantu anda menapis kandungan berbahaya, mengawasi tapak web yang dilawati oleh anak anda dan mengetahui apa yang mereka lakukan.


  • Jangan benarkan mereka mengepos gambar sendiri atau gambar ahli keluarga kepada rakan dalam talian.


  • Anak kecil tidak boleh menggunakan bilik bual (chat room) kerana bahayanya sungguh besar. Apabila anak anda semakin besar, halakan mereka ke Chat Room yang diawasi dengan rapi. Malah galakkan anak remaja anda menggunakan Chat Room yang anda boleh awasi.


  • Jika anak anda menyertai Chat Room, pastikan anda tahu yang mana satu mereka lawati dan dengan siapa mereka berbual.


  • Arahkan anak anda supaya tidak sekali2  meninggalkan kawasan awam dalam Chat Room. Kebanyakkan Chat Room menawarkan kawasan peribadi di mana pengguna boleh berbual satu-dengan-satu dengan pengguna lain. Pengawasan yang ketat perlu dilakukan jika anak anda menggunakan Chat Room seperti ini.


  • Pastikan komputer yang disambungkan internet diletakkan di ruang kegunaan bersama dalam rumah dan bukan didalam bilik anak anda.


  • Semasa anak anda masih kecil, kongsi alamat e-mel keluargadan bukannya mempunyai alamat e-mel tersendiri. Apabila mereka semakin besar anda boleh meminta pembekal Perkhidmatan Internet (Internet service provider) untuk menetapkan alamat e-mel berasingan tetapi e-mel anak anda masih berada dalam akaun anda.
                            sumber: http://www.esecurity.org.my/

Upin & Ipin

0 comments

Thursday 17 June 2010

memilih handphone tv

0 comments
1. Pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah memilih handphone TV yang dikehendaki.
   Jadi handphone TV perlulah memiliki jaringan dan aplikasi yang berkualiti. Anda boleh
   dapatkan informasi melalui internet atau membacanya dari majalah serta rakan2.

2. Perhatikan ketika anda memilih handphone di kedai, cuba uji handphone tersebut adakah ia
    dapat menerima siaran TV dengan baik. Lakukan setting tuner dan jalankan fungsi TV.
    setelah itu, perhatikan kejelasan gambar dan kualiti skrin.

3. Jika siaran TV dapat diterima dengan baik, anda boleh memerhatikan besar atau kecil
    resolusi skrinnya. Semakin besar skrin semakin puas anda menontonnya. Anda juga boleh
    memilih handphone TV dengan kemampuan Motion Control. Fungsi ini memudahkan anda
    menukar skrin dari mode potrait ke mode landscape tanpa perlu menekan butang.


4.Anda perlulah mencari handphone dengan kedudukan yang stabil, maka anda boleh
   meletakkan handphone dengan baik ketika menonton TV, ini memberi lebih keselesaan
   kepada anda. Sudah tentu anda tidak perlu memegang handphone.


5.Periksa kemampuan bateri, sesetengah handphone baterinya akan lemah apabila aplikasi tv
   diaktifkan selama 5 jam berturut2. Sudah tentu anda harus memilih handphone tv yang
   mempunyai daya tahan yang paling lama. Untuk itu, anda perlu tanya pada rakan atau cari
   maklumat melalui media tentang ketahanan bateri tersebut.

Spain tewas di tangan Switzerland 0-1?

0 comments
Hah!!!.. biar betul, Spain sebuah pasukan yang kuat boleh tewas kepada pasukan bukan pilihan..hahahaha.... Bola tu bulat, mungkin pasukan Spain ni terlalu memandang rendah pasukan lawan kot. Tapi takpe 1-0 jer kalah tipis jer tu. Nasib baik bukan pasukan pilihan aku hehehe.... Nasib la penyokong Spain

memilih handphone dual on (dwi kad sim)

0 comments
1. Pilihan band perlu disesuaikan agar kombinasinya tepat.


2. Dual SIM kad tidak bererti akan aktif secara serentak. Ada beberapa jenis handphone yang
    masih sokong single ON, jadi anda harus memastikan dulu fungsinya.


3. Handphone dual on tidak kurang hebatnya, kerana handphone buatan china ada yang
    menyokong fungsi motion sensor yang biasanya dipopularkan Sony Ericsson.


4. Perhatikan pada butang kekunci, adakah ia tersedia dua butang berkembar untukpilihan kad
    SIM A dan kad SIM B. Ini sebenarnya untuk kemudahan anda menggunakan handphone
    ketika membuat panggilan dan operasinya lebih efisyen.


5. Anda juga perlu pastikan handphone yang menyokong Dual SIM dari pengeluar lain memiliki
    service center. Ini kerana jika menghadapi masalah, lebih mudah untuk anda merujuk terus
    ke service centernya.


6. Perhatikan daya ketahanan bateri, ini penting kerana handphone Dual SIM memerlukan
    tenaga yang besar.


7. Jika anda ingin memiliki handphone Dual On dengan aplikasi TV, perhatikan juga keluasan
    ukuran skrin, speaker dan antena.


8. Pastikan juga resolusi kamera sesuai dengan spesifikasi yang diberikan, anda perlu semak
    image size pada menu kamera tersebut.

Bijak membeli kereta

0 comments
1. Pilih kereta yang popular untuk menjamin harga jual kembali yang menguntungkan, selain itu kemudahan
    alat ganti dan kemudahan servis lengkap.


2. Pilih warna dan aksesori yang banyak diminati. Jangan terlalu memilih warna kerana ia boleh merugikan  
    kelak. Demikian juga aksesorinya. Contohnya, untuk kereta berkenaan, adakah jenis menggunakan gear
    auto lebih popular, maka pilihlah jenis itu. Maklumat seperti itu boleh diperolehi melalui penjual di pusat
    edaran kenderaan.


3. Sedari batas kemampuan anda. Jangan terlalu gelojoh membeli kereta yang lebih mewah. selain anggaran,
    biaya penyelenggaraan dan operasi seharian yang lebih mahal.


4. Harga kenderaan di malaysia berdasarkan pasaran semasa, untuk itu kunjungi lebih dari satu penjual.
    Biasanya ada perbezaan layanan penjual kenderaan seperti bunga pinjaman lebih rendah dan jaminan
    servis kenderaan.


5. Jika ingin bertukar beli, jangan sebut harga dahulu sebelum tahu harga kereta baru. Kerana biasanya harga
    kereta baru lebih mahal, jika kena dengan harga jual semula ia boleh mengurangkan sedikit kos anda

Wednesday 16 June 2010

Memilih dan membeli handphone terpakai

0 comments
Kenali handphone yang akan dibeli
Sebelum anda pergi ke kedai handphone, buatlah gambaran mengenai handphone yang akan anda beli seperti jenis, band, multimedia, kamera dan sebagainya. Hal ini perlu dilakukan agar anda tidak bingung dan mudah terpengaruh ketika berhadapan dengan banyak pilihan di kaunter handphone nanti. Atau jika perlu, carilah kawan yang mempunyai handphone sama dengan jenis handphone yang anda inginkan.

Survey harga pasaran
Carilah harga pasaran untuk model handphone yang anda inginkan sama ada yang baru ataupun terpakai. Ia penting sebagai pertimbangan anda dalam mengukur nilai harga handphone dengan nilai semasa. Rujukan harga handphone ini boleh anda dapatkan melalui majalah atau tabloid handphone, atau anda boleh bertanya secara langsung pada beberapa kaunter hanphone sebagai bahan bandingan.
 Teliti fizikal handphone
Yang namanya handphone terpakai, di mana2 pasti ada cacatnya. Jadi anda perlu teliti keutuhan fizikal handphone baik dari segi casing, keypad, navigasi, skrin, bateri, charger dan sebagainya. Yang penting anda perlu pastikan nombor IMEI pada handphone adalah tepat.

Teliti fungsi dan operasi handphone
Kenali menu standard handphone serta keseluruhan fungsi handphone tersebut. Cubalah operasikan handphone terlebih dahulu dengan menggunakan kad SIM. Anda juga perlu teliti kekuatan signal dan bateri dengan memerhatikan indicator yang tertera pada skrin. Cuba juga mengubah setting kontra, backlight, brightness warna skrin, uji speaker beserta volume, vibrate, ringtones dan sebagainya. Kemudian uji juga fungsi Infra Red jika ada, bluetooth, kad memori, handsfree, software dan aplikasi lain yang disediakan.



Teliti perjanjian jual beli dan after sales
Tanyakan mengenai jaminan yang dimiliki oleh handphone, apakah jaminan dari distributor masih ada. Kemudian pastikan jaminan apa yang diberi oleh kaunter jualan handphone tersebut. Pastikan berapa lama jaminan tersebut diberi dan juga sevis yang diberikan selepas jualan handphone tersebut sekiranya berlaku masalah.
 Pilih kaunter profesional
Untuk menghindari penipuan dalam jual beli handphone, sebaiknya anda memilih kaunter yang professional dan dipercayai. Jangan tertipu dengan penampilan kaunter dan kata2 jurujual yang manis penuh rayuan. Atau anda boleh meminta saranan atau cadangandari kawasan yang sudah biasa membeli di kaunter tersebut. Jika anda tidak menemui handphone yang tidak memenuhi kriteria pilihan anda, lebih baik anda berpindah ke kaunter lain atau anda boleh tunda dulu pembelian handphone pada hari tersebut.

menghindari handphone meletup

0 comments
Guna bateri original
Bateri original telah melalui ujian kualiti yang ketat sehingga produk yang dijual mempunyai kualiti yang lebih dipercayai. Jadi jangan sesekali menggunakan bateri handphone tiruan, selain tidak menjamin kualiti, ia juga tidak akan dipertanggunggjawabkan oleh mana2 pihak jika terjadi sesuatu masalah.


Tidak membaiki bateri rosak
Jika kemampuan bateri mulai lemah, lebih baik anda menggantikan dengan bateri baru. Jangan cuba untuk membaikinya, ini membuatkan susunan rangkaian unsur pembentukkan handphone menjadi celaru yang akhirnya akan menyebabkan fungsi handphone tidak dapat bekerja dengan baik.


Tidak membeli bateri second hand
Jika bateri yang baru dibeli boleh meletup, apalagi bateri second hand. Kita tidak boleh mengetahui kualiti bateri pemilik handphone sebelumnya. Maka kita perlulah sentiasa memeriksa tahap kualiti tersebut.


Matikan handphone jika terasa panas
Jika kerangka handphone terasa panas secara berlebihan, maka anda perlu segera matikan handphone. Ada kemungkinan berlaku overheating padfa bateri handphone.


Kembalikan handphone bermasalah
Apabila handphone yang anda beli mengeluarkan haba panas yang berlebihan, segera hubungi jurujual untuk meminta digantikan dengan handphone atau bateri yang baru sekiranya handphone masih ada jaminan (warranty).


Tidak cas terlalu lama
Ketika skrin handphone memaparkan "battery is fully Charge" atau sebagainya, maka segera cabut charger. Bateri handphone yang sudah mencapai posisi penuh, namun anda tetap membiarkannya dalam posisi cas, sudah tentu ia menyebabkan berlakunya overheating. Namun sekarang sudah ada charger handphone akan cut elektrik secara automatik apabila bateri sudah penuh.


Tidak menggunakan handphone ketika cas
Ketika handphone dicas akan berlaku perubahan tenaga elektrik yang menjadi tenaga kimia serta arus akan keluar masuk secara bergantian. Apabila handphone yang sedang dicas bateri kita gunakan untuk menelefon atau SMS, maka ia akan menambah bebanan pada proses kimia tersebut.


Gunakan sarung handphone
Dengan menggunakan sarung handphone setidaknya tidak berlaku letupan dan juga risiko kemalangan boleh dikurangkan. Kini sarung handphone mudah didapati dimana saja.


Jangan letak handphone pada badan
Bahagian tubuh yang memiliki risiko seperti dada yang berdekatan jantung mudah menyebabkan nyawa terancam, jadi anda boleh mengelakkan risiko tersebut dengan mengurangkan kebiasaan meletakkan handphone pada poket kemeja atau menggantung handphone.


Ikuti perkembangan terkini
Biasakanlah diri anda mengikuti perkembangan berita teknologi terkini, jadi anda akan sentiasa peka dengan masalah yang dihadapi dengan teknologi terkini kecuali pihak pengeluar telah mengumumkan terlebih dahulu.

Tuesday 15 June 2010

Pindah Rumah

0 comments
tip pindah rumah
  • Sebaiknya tidak mencampurkan barang dalam satu tempat serupa bagi mengelak menjadi semak dan berserabut. Elok jika buku, serta baju juga dikhususkan untuk kotak baju.
  • Jangan sesekali lupa untuk menandakan kotak dengan kandungan barang di dalamnya untuk mengelakkan kekeliruan dan kerosakan barang ketika diangkat
  • Barang kaca perlu dibungkus dengan kertas bagi mengelakkan daripada pecah dan terpelanting di dalam kotak. Jika boleh, bawa sendiri dengan kereta bagi memastikan keselamatan dan menghindari daripada kerosakan.
  • Sebaiknya peruntukkan masa lebih lama untuk mengemas barang jika merancang untuk berpindah. Tindakan lebih awal dapat mengelak daripada kesuntukkan masa dan penat. buang atau beri kepada yang memerlukan barangan yang tidak diperlukan dan hanya bawa barangan yang dirasakan perlu untuk kediaman baru.




CARA BELI HARTA LELONG
  • Sebelum membeli harta berkenaan, buatlah carian hak milik secara rasmi di pejabat tanah, lawati harta berkenaan dan pergi ke pejabat pemaju untuk mendapatkan maklumat selanjutnye
  • Berhubung dengan pelelong untuk perisytiharan jualan lelong dan dapatkan nasihat lanjut daripada peguam untuk mendapatkan segala maklumat
  • Selain itu, anda mungkin wajar meninjau sendiri hartanah itu dan mengambil gambar harta berkenaan dan datang di tempat lelongan pada masa ditetapkan.
  • Pada hari lelongan pembida diwajibkan membawa 10% daripada harga rizab harta berkenaan, sama ada dalam bentuk bank draf atau tunai. cek tidak diterima
  • Bawa kad pengenalan asal dan 2 salinan
  • Jika menjadi wakil, kedua dua kad pengenalan asal dan surat kuasa yang membenarkan dia menjadi wakil untuk mendapatkan lelongan
  • Jika hartanah berstatus bumiputera, hanya golongan itu boleh menyertai lelongan
  • wakil juga mesti membawa sedikit wang tambahan untuk membayar antara 10% harga perbezaan pembelian dengan 10% harga rizab(kena tambah) dan tandatangan kontak jualan

1O GANGGUAN SYAITAN KETIKA SOLAT

0 comments
1O GANGGUAN SYAITAN KETIKA SOLAT
  1. Berasa was2 ketika melakukan takbiratul ihram Saat membaca takbiratul ihram, `Allahu Akhbar`, seseorang akan berasa ragu2 apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau tidak. Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang2 sampai imam hampir rukuk. Ibnu Qayyim berkata, "Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was2 dlm bersuci(berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat". Was2 itu membuat mereka terseksa.
  2. Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat. Sahabat rasulullah, Uthman bin Abil `Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah." Rasulullah menjawab,"Itulah syaitan yg disebut dengan khinzib. "Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlinduglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilang gangguan itu daripadaku" (Hadis Riwayat Muslim)
  3. Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan. Abu Hurairah r.a berkata,"Sesungguhnya Rasulullah bersabda yg bermaksud: "Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yg dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam. "(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
  4. Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan Abu hurairah berkata, " Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila dikumandangkan azansolat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan. Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya, `Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!' Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat. "(Hadis Riwayat Bukhari).
  5. Tergesa gesa menyelesaikan solat Ibnu  Qayyim berkata: "sesungguhnya tergesa2 itu datang daripada syaitan, kerana tergesa2 adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati2, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tidak ada ketenangan atau thuma`ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa2. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah. Rasulullah bersabda kepadanya, "Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar2 rukuk (thuma`ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri. Kemudian sujudlah sampai kamu benar2 sujud (thuma'ninah) dan lakukanlah hal itu dlm setiap rakaat solatmu. "(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
  6. Melakukan gerakan yang tidak perlu Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat. "Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah". Orang itu bertanya, "Apa yang dilakukannya? "Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk kearah kiblat atau tempat sujud. "Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w, "kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).
  7. Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, "Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat". Rasulullah menjawab, "Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba. "(Hadis Riwayat Bukhari).
  8. Menguap dan mengantuk Rasulullah bersabda bermaksud: "Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah." (Hadis Riwayat Thabarani). Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, "Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata 'ha...' bererti syaitan tertawa dalam mulutnya" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
  9. Bersin berulang kali ketika solat Syaitan ingin mengganggangu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud, "Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan. "Riwayat Thabarani). Ibnu Mas'ud berkata, "bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dlm solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara
    ."
  10. Terasa ingin buang angin atau buang air apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau menciumRasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang daripada kalian bimbang  baunya" (Hadis Riwayat Muslim). Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan. Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

Monday 14 June 2010

Jerman menewaskan Australia 4-0?

0 comments

Perlawanan piala dunia diantara Jerman dengan Australia sangat menghiburkan. Banyak peluang yang diciptakan oleh Jerman tetapi terlepas begitu saja, Tapi ok la menang 4-0 keatas Australia sekali gus mencipta rekod kemenangan di Afrika Selatan memadamkan rekod yang dicipta oleh korea selatan yang mengalahkan Greece 2-0. Tahniah buat Jerman

Friday 11 June 2010

misi Gaza tercapai

0 comments
Tahniah kepada sukarelawan2 dalam misi menghantar bantuan ke Gaza, mereka semua ni layak digelar sebagai wira.. Sekarang terbuktilah kekejaman israel kepada dunia, cuba kita bayangkan penderitaan rakyat palestin yang di seksa oleh tentera rejim israel di tanah air mereka sendiri, rasanya memang wajar kita boikot barangan israel..jom sama2 kita boikot..

Thursday 10 June 2010

pengenalan

0 comments
salam perkenalan semua... maaf kerana lama menyepi, bukan pe internet rumah aku problem ar. tujuan aku berblog ni bukan pe, cuma saje suka2 wat sebagai hobi jer, selain blog tiap2 hujung minggu luangkan masa main futsal sabtu atau ahad, kadang2 tu aku pergi bercuti untuk tenangkan fikiran. Maaf ar sekiranya blog aku nih tak memuaskan ayat pun berterabur, ini sebab aku baru lagi dalam dunia blog nih hehehe... bila aku baca blog sendiri nak tergelak pun ade. Aku ingin sangat korang join blog aku ni, lagi ramai lagi bagus boleh minta tunjuk ajar pada korang hehehe... dalam bog nih aku letakkan berbagai petua dan info2 yang menarik tuk korang semua, ape salahnye berkongsi maklumat kan insyaallah aku akan sediakan yang terbaik tuk korang.