Wednesday 23 June 2010

HILANGKAN GETAH PISANG PADA PAKAIAN

0 comments
Ambil sedikit kapur sirih dan sapu rata pada bahagian pakaian yang terkena getah pisang. Biarkan selama 5 minit dan setelah itu cuci seperti biasa. Getah pisang yang melekat pada pakaian akan hilang

NAIKKAN SERI MUKA

0 comments
Ambil sebiji buah tomato masak. lecek hingga halus kemudian sapukan pada muka. Biarkan kering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih seeloknya air suam. Lakukan 2 atau 3 kali seminggu. Insyaallah kalau diamalkan kulit muka anda sentiasa merah berseri

PELEMBAP MUKA SEMULA JADI

0 comments
Air kelapa muda adalah pelembap muka semulajadi untuk kulit muka. mula-mula cuci muka terlebih dahulu, setelah itu barulah dicuci dengan air kelapa muda. Biarkan kering di muka selama setengah jam barulah dibilas dengan air sekali lagi. Amalkan seminggu sekali agar kulit muka anda kelihatan lembap dan berseri. Di samping itu dia boleh menegangkan kulit muka.

KARIPAP LEBIH SEDAP

0 comments
Cairkan mentega yang digunakan terlebih dahulu. Kemudian barulah dicampurkan dengan adunan tepung dan uli seperti biasa. Cara ini menjadikan karipap anda lebih enak dan rangup

MUDAH KUPAS BAWANG PUTIH

0 comments
Apabila ada kenduri besar, kadang-kadang timbul masalah dalam proses mengupas bawang putih. Bagaimanapun, terdapat cara mudah untuk mengupas bawang putih. Letakkan minyak masak pada bawang putih tersebut dan gaulkan sama rata. Kemudian biarkan selama 2-3 minit. Selepas itu picit sahaja kulit bawang tersebut dengan tangan. Insya-Allah kerja anda lebih mudah dan cepat

RANGUPKAN TOMATO

0 comments
Untuk merangupkan tomato yang telah terlalu ranum dan sedikit lembik, cubalah petua ini. Rendamkan tomato ke dalam air sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit garam. Biarkan semalaman di dalam peti sejuk, sebelum digunakan dalam masakan anda. Pasti tomato anda kembali segar.

KENCING TAK LAWAS

0 comments
Jika anda menghadapi masalah kencing tidak lawassudah tentu mata menyeksakan. Untuk menghilangkan sakit itu anda hanya perlu merebus sedikit biji barli sehingga kembang dan minum airnya. Jika perlu tambahkan sedikit gula. Insya-Allah rasa sakit yang dihadapi akan sembuh, ia juga dapat menyejukkan badan.

HILANGKAN PAHIT ULAM

0 comments
Rebus ulam yang pahit bersama daun senduduk. Setelah masak keluarkan ulam tersebut dan asingkan. Tos ulam dan hidangkan bersama sambal belacan.

ACAR LIMAU TIDAK PAHIT

0 comments
Inginkan acar yang enak tanpa limau yang pahit, cuba petua ini. semasa merebus limau untuk acar, masukkan beberapa keping syiling 1sen ke dalam rebusan limau. Insya-Allah limau akan hilang pahitnya dan bertambah lembut.

HILANGKAN BINTIK HITAM

0 comments
Dapatkan 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garam kemudian ditumbuk halus. Campurkan dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit air suam. Amalkan memakainya pada muka setiap malam dan cuci pada keesokan hari. Lakukan sehingga bintik-bintik hitam hilang.

HILANGKAN SAKIT KURAP

0 comments
Cara mengatasinya ialah ambil beberapa helai daun lada kemudian gosokkan pada tempat yang terkena penyakit kurap itu. Amalkan setiap hari. Insya-Allah penyakit kurap akan hilang

ATASI WAJAH BERKEDUT

0 comments
Jika kulit wajah anda mulai berkedut, langkah berikut mungkin boleh menjadi penyelesaian. Ambil satu biji kuning telur, satu sudu kecil minyak zaitun dan lima titis perahan limau nipis. Gaul sebati dan sapukan ke wajah anda. Biarkan selama 20 minit dan kemudian bilas dengan air hangat. Lakukan secara teratur seminggu sekali. Pasti kulit wajah terasa lebih segar dan tidak berkedut lagi.

KEMBALIKAN KESEGARAN BADAN

0 comments
Jika badan terasa letih lesu, kerana terlalu penat bekerja, anda boleh memulihkan tenaga dengan cara berikut. Ambil satu suducuka makan, masukkan kedalam gelas. Tuang sedikit-sedikit pada tapak tangan setelah itu gosokkan pada badan. Kemudian lumurkan pula air pada badan biarkan selama setengah jam. Setelah itu barulah mandi dan kemudian keringkan badan. Anda akan dapat merasakan kesegarannya dan kulit pun menjadi licin. selamat mencuba.

Khasiat serbuk teh

0 comments
Teh selain dibuat minuman juga boleh digunakan sebagai penawar jika anda terkena air panas. Caranya, ambil sedikit serbuk teh dan taburkan pada tempat yang terkena air panas itu. Insyaallah akan meredakan rasa panasnya