Tuesday 15 June 2010

Pindah Rumah

0 comments
tip pindah rumah
  • Sebaiknya tidak mencampurkan barang dalam satu tempat serupa bagi mengelak menjadi semak dan berserabut. Elok jika buku, serta baju juga dikhususkan untuk kotak baju.
  • Jangan sesekali lupa untuk menandakan kotak dengan kandungan barang di dalamnya untuk mengelakkan kekeliruan dan kerosakan barang ketika diangkat
  • Barang kaca perlu dibungkus dengan kertas bagi mengelakkan daripada pecah dan terpelanting di dalam kotak. Jika boleh, bawa sendiri dengan kereta bagi memastikan keselamatan dan menghindari daripada kerosakan.
  • Sebaiknya peruntukkan masa lebih lama untuk mengemas barang jika merancang untuk berpindah. Tindakan lebih awal dapat mengelak daripada kesuntukkan masa dan penat. buang atau beri kepada yang memerlukan barangan yang tidak diperlukan dan hanya bawa barangan yang dirasakan perlu untuk kediaman baru.




CARA BELI HARTA LELONG
  • Sebelum membeli harta berkenaan, buatlah carian hak milik secara rasmi di pejabat tanah, lawati harta berkenaan dan pergi ke pejabat pemaju untuk mendapatkan maklumat selanjutnye
  • Berhubung dengan pelelong untuk perisytiharan jualan lelong dan dapatkan nasihat lanjut daripada peguam untuk mendapatkan segala maklumat
  • Selain itu, anda mungkin wajar meninjau sendiri hartanah itu dan mengambil gambar harta berkenaan dan datang di tempat lelongan pada masa ditetapkan.
  • Pada hari lelongan pembida diwajibkan membawa 10% daripada harga rizab harta berkenaan, sama ada dalam bentuk bank draf atau tunai. cek tidak diterima
  • Bawa kad pengenalan asal dan 2 salinan
  • Jika menjadi wakil, kedua dua kad pengenalan asal dan surat kuasa yang membenarkan dia menjadi wakil untuk mendapatkan lelongan
  • Jika hartanah berstatus bumiputera, hanya golongan itu boleh menyertai lelongan
  • wakil juga mesti membawa sedikit wang tambahan untuk membayar antara 10% harga perbezaan pembelian dengan 10% harga rizab(kena tambah) dan tandatangan kontak jualan

1O GANGGUAN SYAITAN KETIKA SOLAT

0 comments
1O GANGGUAN SYAITAN KETIKA SOLAT
  1. Berasa was2 ketika melakukan takbiratul ihram Saat membaca takbiratul ihram, `Allahu Akhbar`, seseorang akan berasa ragu2 apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau tidak. Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang2 sampai imam hampir rukuk. Ibnu Qayyim berkata, "Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was2 dlm bersuci(berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat". Was2 itu membuat mereka terseksa.
  2. Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat. Sahabat rasulullah, Uthman bin Abil `Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah." Rasulullah menjawab,"Itulah syaitan yg disebut dengan khinzib. "Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlinduglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilang gangguan itu daripadaku" (Hadis Riwayat Muslim)
  3. Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan. Abu Hurairah r.a berkata,"Sesungguhnya Rasulullah bersabda yg bermaksud: "Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yg dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam. "(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
  4. Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan Abu hurairah berkata, " Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila dikumandangkan azansolat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan. Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya, `Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!' Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat. "(Hadis Riwayat Bukhari).
  5. Tergesa gesa menyelesaikan solat Ibnu  Qayyim berkata: "sesungguhnya tergesa2 itu datang daripada syaitan, kerana tergesa2 adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati2, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tidak ada ketenangan atau thuma`ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa2. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah. Rasulullah bersabda kepadanya, "Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar2 rukuk (thuma`ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri. Kemudian sujudlah sampai kamu benar2 sujud (thuma'ninah) dan lakukanlah hal itu dlm setiap rakaat solatmu. "(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
  6. Melakukan gerakan yang tidak perlu Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat. "Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah". Orang itu bertanya, "Apa yang dilakukannya? "Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk kearah kiblat atau tempat sujud. "Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w, "kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).
  7. Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, "Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat". Rasulullah menjawab, "Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba. "(Hadis Riwayat Bukhari).
  8. Menguap dan mengantuk Rasulullah bersabda bermaksud: "Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah." (Hadis Riwayat Thabarani). Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, "Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata 'ha...' bererti syaitan tertawa dalam mulutnya" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
  9. Bersin berulang kali ketika solat Syaitan ingin mengganggangu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud, "Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan. "Riwayat Thabarani). Ibnu Mas'ud berkata, "bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dlm solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara
    ."
  10. Terasa ingin buang angin atau buang air apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau menciumRasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang daripada kalian bimbang  baunya" (Hadis Riwayat Muslim). Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan. Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.