Tuesday 13 July 2010

PS3 @ XBOX...?

0 comments
       Dah lama rasanya aku tak update blog aku nih... takpe sekarang takde member yang sudi Ad aku, sedihnye huhuhuhuu........ Ok, hari ni aku masih pening nak wat keputusan untuk beli game yang terbaik dan bagus ni. Dalam fikiran aku ada 2 pilihan samaada nak ambik PS3 atau XBOX, yang mana satu yang bagus ek, kejap pilih PS3 kejap lagi pilih XBOX lak.

        Sebenarnya kedua-dua game ni ada persamaannya tapi ada yang aku tak suka tentang rekabentuk dan harganya. Ok, kalau aku pilih PS3 aku kena berdepan harga CDnya pulak, maklum la cd PS ni menggunakan teknologi Blueray itu sebab la harganya mahal, sekeping cd harganya mencecah RM200, itu paling mahal dan yang paling murah dalam lingkungan RM100 ke atas, huh.... mahal. Itu yang aku fikirkan dari dulu.

        Satu lagi kelebihan PS3 ni ialah, dia ada support WI-FI internet. Kelebihan inilah adalah satu favourite aku, tapi bila difikirkan balik, kawan-kawan aku bukan ada PS3. Jadi internet tu wat hiasan je la hehehehe.... Selain tu banyak lagi function dia yang aku minat. Jadi tak hairan la aku ni memang minat PS berbanding XBOX. Disebabkan cdnya la aku terpaksa buat pilihan yang terbaik.

         Ok, bab XBOX pula bagi aku takde masalah dari segi harga dan rekabentuknya, tapi yang tak bestnye joysticknya yang tak best. Besar, pastu lain dari yang lain, susah nak tekan kat bahagian arrow. Harganya memang berpatutan bagi kedua-dua konsol nih.

         Dari segi gambar visual lak, mmmm... Ok la bagi aku, tak taw la bagi korang camne, tapi cantik lagi PS3 dari XBOX gambar 3D PS lagi jelas. Aku survey kat member-member aku pun dia orang cakap PS lagi best. Senang2 aku beli kedua-duanya sekali hehehe.... Rasanya aku ingat lebih baik ambil XBOX je la kan, bukan pe aku beli game ni hanya untuk melepaskan tension dan bosan duk rumah. Sape yang ada kedua2 konsol ni tolong la bagi cadangan yang terbaik untuk pilihan kedua-dua nih k.