Saturday 26 June 2010

Info pemakanan

Makan betik boleh keluar lendir berlebihan?
Tiada kajian saintifik untuk menyokong pendapat di atas, namun betik memang buah yang berkhasiat. Isinya yang berwarna oren menunjukkan betik kaya dgn betakaroten yg berguna untuk menjaga penglihatan, memperbaiki sel rosak dan mengekalkan kelembapan kulit dan rambut. Sebagai buah yang kaya dengan vitamin C, ia juga membantu menghalang kesan radikal bebas. Usah terpengaruh dengan fakta songsang tentang betik kerana betik terbukti baik untuk kesihatan, terutamanya kepada wanita.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tempe, Makanan Jawa Kaya Khasiat
Tempe yang dihasilkan dari kacang soya kaya dengan serat, kalsium, vitamin B dan zat besi. Selain kaya khasiat, tempe juga membantu mencegah beberapa jenis penyakit merbahaya. Khasiat tempe melawan kesan-kesan radikal bebas hingga membantu melewatkan penuaan dan mencegah terjadinya penyakit jantung. Kencing manis dan lain2.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Daun kari penawar banyak masalah kesihatan
Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang sangat tinggi dan digunakan secara meluas dalam perubatan India. Ia dijadikan rumusan herba untuk menguatkan perut serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif untuk mengatasi masalah sembelit. Daunnya yang dikisar bersama-sama limau nipis membantu mengatasi masalah loya dan pening  terutamanya setelah makan lemak yang berlebihan. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit-birit dan buasir. Air rebusan kulit batangnya yang kering pula dapat digunakan untuk mengubat diabetes. Hasil kajian mendapati daun kari mengandungi 66.3% kelembapan, 6.1% protein, 1.0% lemak, 16.0% karbohidrat, 6.4% fiber, mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik dan vitamin C. Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kurang Vitamin B Punca Kelemumur
Vitamin B sangat penting kerana ia berperanan untuk mengatur minyak ke dalam kulit kepala. Kekurangan niasin, iaitu sejenis vitamin B yang berat akan menyebabkan kekeringan pada kulit kepala serta kelemumur. Niasin banyak terdapat pada daging, roti dan bijirin. Jika kulit kepala terlalu berminyak pula, tingkatkan makanan yang kaya dengan riboflavin misalnya susu, bijirin dan produk tenusu. manakala, bagi rambut yang terlalu cepat gugur pula, tingkatkan makanan yang kaya dengan produk kekacang.

0 comments: