Untuk mengelakkan penampilan jadi janggal, hati-hati dengan potongan rambut. Tips dibawah mungkin boleh membantu.
WAJAH BULAT
Boleh: Potongan rambut lurus dengan belahan di tengah kepala.
Tidak boleh: Rambut yang mengembang. Potongan seperti ini akan membuatkan wajah tampak lebih bulat.
WAJAH BUJUR
boleh: Segala bentuk potongan rambut sesuai untuk anda dan tetap cantik di pandang.
Tidak boleh: Jangan gayakan potongan rambut yang terlalu mengembang atau sasak yang terlalu berlebihan pada bahagian atas kepala.
WAJAH BERSEGI
Boleh: Sekirannya anda mempunyai bentuk wajah dan rahang bersegi haruslah diperhalusi dengan sentuhan rambut ikal, kerinting dan layer.
Tidak boleh: Jangan sesekali mengikat rambut ke belakang kerana ia akan menonjolkan lagi bentuk wajah bersegi anda yang keras.
BENTUK HATI
Boleh: Muka bentuk hati amat sesuai berambut ikal pada bahagian bawah. Ini akan mengimbangi bahagian atas kepala yang lebih besar dan bahagian dagu yang runcing.
Tidak boleh: Rambut lurus jatuh dengan belahan pada bahagian tengah kepala.
BENTUK LONJONG
Boleh: Bagi muka yang berbentuk lonjong cuma blow bahagian rambut tepi sehingga mengembang. Ini akan menyeimbangkan wajah yang panjang dan runcing.
Tidak boleh: Lupakan potongan rambut yang lurus jatuh tergantung. Ini akan membuatkan wajah anda bersaing dengan rambut dan tampak lebih lonjong.
Blog baru blog lama...
16 years ago
0 comments:
Post a Comment