Blog baru blog lama...
17 years ago
Ok lah kali ini saya ingin kongsikan serba sedikit bagaimana cara menghalang dan membunuh virus dari handphone kamu. Virus biasanya akan menyerang telefon yang berplatform Symbian dan windows mobile. Biasanya virus akan menyamar dalam bentuk yang menarik seperti permainan atau gambar. Sebagai langkah menghalang virus, kamu perlu install salah satunya Kaspersky Mobile Security. Kaspersky merupakan syarikat anti virus dari Rusia. Dalam menangani virus, Kaspersky akan scan kesemua file di dalam handphone. Jika ada virus, handphone akan berbunyi. Kamu boleh update antivirus ini melalui GPRS. Ia boleh scan secara automatik dan secara manual. Untuk install anti virus ini, kamu boleh dapat dari website iaitu: http://www.kaspersky.com/productupdates?chapter=207716169. Setelah itu pilih jenis sistem operasi dan bahasa yang kamu install kemudian salin file tersebut ke dalam memori phone.
Virus adalah program khusus dibuat untuk hal-hal merugikan. Virus ini pada awalnya hanya ditemui dalam komputer. Namun kerana perkembangan zaman, virus pun boleh menyerang handphone anda. Virus komputer tidak terlalu bahaya, jika menempel dalam komputer. Namun virus komputer itu lebih berbahaya, jika menempel ke dalam handphone. Ini kerana ia berbeza mesin; kerana komputer adalah mesin yang kuat dan canggih. Sedangkan virus handphone dengan mesin canggih namun tidak akan bertahan lama. Maka kita harus waspada terhadap gangguan virus tersebut.
SENTIASA memakai tali pinggang keledar ketika memandu dan jangan lupa penumpang belakang sekali, ini kena ambil perhatian juga. Ramai orang yang memandu tak pakai tali pinggang kan hehehe....
Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang sangat tinggi dan digunakan secara meluas dalam perubatan India. Ia dijadikan rumusan herba untuk menguatkan perut serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif untuk mengatasi masalah sembelit. Daunnya yang dikisar bersama-sama limau nipis membantu mengatasi masalah loya dan pening terutamanya setelah makan lemak yang berlebihan. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit-birit dan buasir. Air rebusan kulit batangnya yang kering pula dapat digunakan untuk mengubat diabetes. Hasil kajian mendapati daun kari mengandungi 66.3% kelembapan, 6.1% protein, 1.0% lemak, 16.0% karbohidrat, 6.4% fiber, mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik dan vitamin C. Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.